“Lain macam s4kit dia” – Wawa Zainal selamat bers4in anak keempat

PASANGAN selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel selamat menimang cahaya mata keempat pada pagi Selasa.

Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 30, berkata kelahiran kali ini benar-benar mencabar dan lebih menyakitkan berbanding tiga anak yang lain.

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi… pukul 2 pagi menahan s4kit tak sampai hati nak kejut Aeril.

“Tunggu la sampai pukul 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan).

“Lain macam s4kit dia walaupun anak keempat dah,. Nama belum ada, ada cadangan ke?” katanya menerusi laman Instagram.

wawa 3

Aeril bersyukur isteri selamat lahirkan anak keempat.

Dalam perkongsian itu bagaimanapun Wawa tidak menyatakan jantina bayi mereka.

Sementara itu suaminya Aeril pula mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kelahiran anaknya itu.

Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya!

AERIL ZAFREL

PELAKON

“Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya,” tvlisnya.

mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kelahiran anak pasangan selebriti terkenal ini.

wawa 2

Wawa lahirkan anak lebih awal dari jangkaan.

Sebelum itu, Aeril memberitahu isterinya mengalami kontraksi hendak bersalin dan kelahiran itu awal seminggu daripada jangkaan.

“Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” katanya.

Dalam muat naiknya itu, Aeril berkongsi gambar menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kes4kitan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Aeril dan Wawa mend1rikan rumah tangga pada 2013.

Hasil perkahwinan mereka turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Lain macam s4kit dia” – Wawa Zainal selamat bers4in anak keempat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*