Pelakon sinetron Indonesia, Hanna Kirana men1ngg4l dunia

Jakarta: Pelakon remaja popular Indonesia, Hanna Kirana, 18, men1ngg4l dunia akibat kegag4lan pernafasan jantung di sebuah hospital di Bogor, di sini, kelmarin.

Ibunya Erlina Oktarini berkata anaknya kali terakhir menjalani penggambaran seminggu yang lalu sebelum tahap kesihatannya merudum.

“Dia mengadu kes4kitan dada, tangannya menggelet4r, sebelum memutuskan untuk berehat selama dua hari dari penggambaran.

“Dia jadi sangat res4h, pendi4m, dan tidak banyak cakap. Saya ada bertanya kepadanya apa yang berlaku pada dirinya? Dia senyap dan cuma terb4tuk kecil,” katanya.

Menurut laporan, Hanna mengalami dem4m selama empat hari dan tiba-tiba tangannya bertukar menjadi kebiru-biruan. Pagi semalam, Erlina kemudian membawanya ke hospital.

Hanna dikatakan begitu berahsia mengenai kesihatannya. Erlina hanya mengetahui keadaan dirinya daripada rakan-rakan pelakon lain.

Sementara itu, pengurusan Icha berkongsi pelakon muda terbabit pernah menyatakan dia mengalami uls3r perut. Bagaimanapun, Hanna tidak mengadu mengenai simptom lain.

“Tahap kesihatannya semakin mer0sot disebabkan terlalu sibuk dan banyak jalani penggambaran,” katanya.

Hanna dikebvmikan di sebuah kawasan perkuburan berdekatan kediamannya di Bogor, semalam.

Pelakon terbabit mula meledak sekitar Jun lalu selepas menggantikan Lea Ciarachel dalam sinetron kontroversi berjudul Suara Hati Istri: Zahra. 

Sinetron lakonannya mendapat kec4man hebat kerana mengetengahkan isu ped0fil1a, perkahwinan kanak-kanak, dan polig4mi. Judulnya juga turut ditukar kepada Zahra Reborn 2: Isteri Impian.

 

Sumber : HM


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pelakon sinetron Indonesia, Hanna Kirana men1ngg4l dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*