“Dia Masih Seorang Yang Simple, Merendah Diri,” – Lebih 3 Dekad Bergelar Pengarah, Nora Danish Pelakon Favorite Aziz M. Osman

Pengarah dan penerbit tersohor, Aziz M. Osman menyifatkan aktres popular, Nora Danish sebagai pelakon yang paling disukainya sepanjang lebih tiga dekad dia bergelar seorang sutradara.

Menurut Aziz yang mula-mula memperkenalkan bintang tersebut menerusi sitkom Puteri, Nora merupakan seorang pelakon yang sangat merendah d1ri meskipun dia kini sudah berada di tahap yang jauh lebih berbeza.

“Senarai teratas artis yang paling saya suka bekerja adalah Nora Danish. Saya suka bekerja dengan Nora sebab dia jenis yang tak berkira.

“Saya mula-mula panggil dia sewaktu membintangi drama ‘Puteri Sitcom’. Ketika itu dia belum lagi popular. Dia pernah berlakon tetapi namanya belum terkenal.

“Bila kita tengok evolusi Nora Danish daripada watak Puteri sampai sekarang. Kemudian namanya semakin popular. Sejak daripada itu saya tidak lagi panggil dia berlakon.

“Terbaru, saya ada panggil dia untuk berlakon di dalam filem Bukan Cinta Malaikat. Dia datang tanpa banyak soal. Dia tetap beri kerjasama sepenuh hati,” katanya.

Pendedahan tersebut dikongsikan send1ri oleh pelakon filem, 18 Puasa Di Kampung Pisang itu menerusi satu temu bual di program, Begitu Begini DJ Nazz terbitan stesen radio, Gegar.

Bagaimanapun, Aziz mengakui dia berasa sedikit ralat kerana sehingga kini dia masih lagi belum menjumpai watak yang sesuai untuk diciptakan khas buat Nora.

“Saya bercakap seperti ini kerana saya tahu Nora yang sekarang ini siapa. Dia seorang pelakon yang sangat-sangat elegan. Tetapi bila bersama saya, dia sangat merendah d1ri dan tidak menunjukkan level dia yang sekarang.

“Bagi saya, dia masih lagi seorang Nora Danish yang simple seperti yang saya mula-mula kenal sewaktu mengarahkan sitcom Puteri. Saya sangat senang bekerja dengan dia.

“Bagaimanapun, malangnya, saya tiada watak yang sesuai untuk diciptakan khusus buat dia sekarang ini. Nora ini seorang wanita yang sangat sweet. Kalau dia jadi orang kampung, penonton tidak akan percaya. She’s not the kampung type.

“Kalau saya nak buat cerita urban sangat pula, saya kurang gemar. Contohnya macam drama CEO yang pukul 7 tu. Saya tidak pergi ke cerita-cerita macam tu. Jadi, itulah dilema saya selama ini untuk mencari watak yang sesuai buat Nora,” jelasnya yang turut menyenaraikan Faizal Hussein dan Kazar sebagai 3 pelakon yang paling disukainya.

Ketika ditanya adakah sifat yang ditunjukkan oleh Nora itu disebabkan dia terhutang budi bersamanya, ini reaksi jujur yang diberikan oleh Aziz;

“Tidak sama sekali, saya tidak pernah meletakkan d1ri saya sebegitu. Saya tak pernah menganggap yang saya ini yang memperkenalkan pelakon-pelakon yang sedia ada ni.

“Kerana rezeki ini masing-masing. Mereka yang menaikkan nama mereka send1ri. Saya cuma menolakkan mereka ke jalan masing-masing. Mereka jadi bagus kerana d1ri mereka send1ri.

“Nama-nama yang saya sebutkan ini mereka merupakan pelakon yang tidak memberikan masalah kepada saya.

“Saya sebenarnya pernah bekerja dengan beberapa artis yang memberi masalah sehingga susah untuk saya berkarya,” akh1rinya.

Sumber: SV

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Dia Masih Seorang Yang Simple, Merendah Diri,” – Lebih 3 Dekad Bergelar Pengarah, Nora Danish Pelakon Favorite Aziz M. Osman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*