Disoal Kekerapan Yang Dibenarkan Bertemu Anak, Jawapan Jejai Boleh Buat Ramai Terh4ru!

Baru-baru ini,bekas suami kepada pelakon Nora Danish dan Fasha Sandha iaitu Jejai memberikan peluang kepada pengikut dan peminatnya untuk mengajukan sebarang soalan yang mahu ditanya di laman Instagram.

Berapa Kerap Jumpa Anak-Anak Dalam Seminggu?

Antara persoalan yang diberikan oleh mereka adalah kekerapan yang dibenarkan untuk dia bertemu dengan anak-anaknya dalam masa seminggu.

“Once a week berapa kali jumpa anak-anak?”-Soal Peminat di Instagram

Menurut Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashraf Ramli ,dia boleh bertemu dengan anak-anaknya pada bila-bila masa sahaja yang diinginkannya.

“Saya boleh berjumpa dengan anak-anak saya anytime.”-Jawab Jejai

Masih Berhubung Secara Baik Dengan Nora & Fasha

Tambah Jejai, dia mempunyai hubungan yang baik dengan Nora dan Fasha, selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu kepada anak-anaknya itu.

“Mak kepada anak-anak saya mempunyai good relationship dengan saya.

Terima kasih kepada mereka berdua @noradanish @fashasandha”- kongsinya

Suatu ketika dahulu, umum mengetahui bahawa ketiga-tiga figura ini pernah terpalit dengan isu yang menghangatkan industri seni tanah air. Namun, kesemua mereka telah pun  berbaik memandangkan anak-anak mempunyai tali persaudaraan yang sama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Disoal Kekerapan Yang Dibenarkan Bertemu Anak, Jawapan Jejai Boleh Buat Ramai Terh4ru!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*