[VIDEO] Ibu Janna Nick terg0res hati baca komen netizen di media sosial, bangga pencapaian anak – “Hati saya ped1h kalau orang kutvk dia”

KEJAYAAN Janna Nick merangkul gelaran Bintang Paling Popular di malam Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Sabtu lalu cukup membanggakan keluarga tersayang.

Melihat send1ri perjalanan berliku yang dilalui sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam industri seni, ibunya Shahzani atau lebih mesra disapa Mama Scha, berkata Janna seorang anak yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga.

Menyedari anak keduanya itu sering dihimpit kontr0versi, Scha mengambil keputusan untuk tidak membuka media sosial kerana bimbang hatinya terg0res dengan pelbagai komen j4hat yang ditvlis netizen.

“Kemenangan ini paling bersejarah, hampir 10 tahun dia bekerja keras, apa yang saya nampak dia anak bertanggungjawab, berusaha untuk bahagiakan keluarga, memang Allah luaskan rezeki untuk dia.

“Walaupun selama ni ramai orang kec4m dia, saya tak boleh tengok media sosial sangat sebab hati saya memang ped1h kalau tengok orang kvtuk dia tapi saya kenal dia macam mana.

janna 2

Janna Nick bersama ibu dan dua adiknya.

“Nampak dia keras tapi hati dia lembut, saya memang tak boleh nak tengok media sosial, nampak berita tentang dia saya tak boleh tahan!” katanya.

Ibu berusia 48 tahun itu berkongsi luahan hatinya menerusi rakaman video berdurasi 10 minit yang dimuat naik Janna di saluran YouTube Janna Nick pada Selasa.

Setakat hari ini saya bangga dengan pencapaian dia, banyak sangat peng0rbanan dia, bantu sana-sini!

MAMA SCHA

IBU JANNA

Dalam rakaman tersebut, ibu kepada empat anak ini dilihat seb4k sehingga menitiskan air mata mengenang perjalanan sukar Janna sepanjang berada dalam industri seni.

Dalam pada itu, Mama Scha berkata dia tidak henti-henti mendoakan agar urusan Janna dipermudahkan dan pekerjaan yang dilakukan ini dapat memberi manfaat kepada orang lain.

janna 3

Kejayaan Janna Nick benar-benar membanggakan keluarga.

“Setiap hari dia keluar bekerja, saya doakan Allah permudahkan perjalanan dan setiap langkah dia. Saya doa dia bahagia dunia dan akh1r4t serta jadi anak terbaik yang boleh memberikan kebaikan, manfaat lebih ramai orang di luar sana.

“Itu yang saya doa setiap hari dekat dia. Tapi setakat hari ini saya bangga dengan pencapaian dia, banyak sangat peng0rbanan dia, bantu sana-sini… semoga akan datang usahanya ini memberi kebaikan untuk orang sekeliling,” ujarnya.

TONTON VIDEO LUAHAN IBU JANNA INI!

Pada malam ABPBH34, Janna merangkul anugerah utama Bintang Paling Popular selepas menerima lebih 86 juta undian daripada peminat.

Selain itu, kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann ini turut membawa pulang trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Ibu Janna Nick terg0res hati baca komen netizen di media sosial, bangga pencapaian anak – “Hati saya ped1h kalau orang kutvk dia”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*