Syoknya! 19 sekeluarga ‘serbu’ homestay tepi sawah selepas setahun tak jumpa, pakai kain pelikat dan batik je… mudah, selesa dan meriah

HAPPY family (keluarga gembira).”

Begitulah gambaran netizen yang begitu senang menyaksikan gelagat sebuah keluarga yang berjalan secara santai di tepi sawah yang menghijau.

Menerusi video di aplikasi TikTok dengan lebih 1.2 juta tontonan itu, ahli keluarga itu masing-masing memakai kain pelikat dan kain batik.

Salah seorang daripada mereka, Nur Mithali Emelyn Ranor berkata, ia merupakan percutian bersama keluarga mentuanya di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, pada hujung minggu lalu.

Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, percutian yang turut disertai saudara-mara itu terd1ri daripada 19 orang termasuk lima kanak-kanak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kami berkumpul bersama selepas kerajaan membenarkan aktiviti merentas negeri. Lebih kurang setahun kami tak berjumpa sejak tahun lalu.

“Dalam rombongan ni, yang paling tua adalah bapa mentua saya berusia 64 tahun dan paling muda anak saudara berumur baru setahun,” katanya kepada mStar.

rombongan sawah bendang 5

Pertandingan memancing ikan antara aktiviti keluarga.

Lebih mesra disapa Emelyn, katanya, pemakaian kain pelikat dan kain batik menerusi video yang tular itu dirancang ahli keluarga bagi menghidupkan suasanan desa di tepi sawah.

@mexai__

Reply to @hello_dayana2 Kita belanja gambar2 pula tepi sawah 🌾 ##dsawahbendanghomestay ##jalansawahchallenge @aamr___

♬ Kelentang Kelentong – Hael Husaini

“Bagi yang lelaki, mereka pakai baju putih dan kain pelikat dan kami yang perempuan pakai kain batik dan baju kurung Kedah. Budak-budak pula berseluar kain batik.

Bila dah lama tak jumpa sebagai satu famili, kena lah ada quality time. Secara tidak langsung merapatkan hubungan antara satu sama lain

NUR MITHALI EMELYN RANOR

“Kebanyakan kami tinggal di bandar. Ada yang tak pernah turun ke bendang selain rumah masing-masing memang jauh dengan sawah padi.

“Jadi bila masing-masing dapat menginap di homestay betul-betul berdepan dengan sawah, memang seronoklah,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

rombongan sawah bendang 6

Bermain layang-layang.

Menurutnya yang kini menetap bersama suami di Seremban, Negeri Sembilan, aktiviti keluarga dilakukan secara santai dalam percutian selama dua hari, satu malam itu.

“Ada kawasan untuk memancing ikan dekat homestay. Kami mengadakan pertandingan memancing, dan dapatlah hasil tangkapan beberapa ekor ikan keli.

“Di sebelah malam pula kami masak steamboat, bahan-bahan makanan dibawa dari rumah masing-masing dan masak di homestay untuk makan beramai-ramai,” tambahnya.

rombongan sawah bendang 8

Foto k1ri bapa dan ibu mentua Emelyn, foto kanan Emelyn dan suami.

Antara lain, suri rumah itu ternyata begitu teruja apabila berpeluang menunggal basikal yang disewa bersama beberapa ahli keluarga di kawasan sekitar.

“Kami juga main layang-layang depan sawah. Kelakarnya, ada yang terlepas tali sejauh 15 kaki sebelum sempat disambut semula,” katanya yang turut diberi kejutan sempena sambvtan hari ulang tahunnya ke-25 di homestay.

rombongan sawah bendang 7

Aktiviti berbasikal di tepi sawah.

Bagi Emelyn, percutian sekeluarga itu meskipun singkat namun amat bermakna kerana dapat berkumpul dan meluangkan masa bersama setelah sekian lama tidak berjumpa.

“Bila dah lama tak jumpa sebagai satu famili, kenalah ada quality time. Secara tidak langsung merapatkan hubungan antara satu sama lain.

“Pemilihan tempat menginap di tepi sawah memang sesuai dan menarik. Memang wajar untuk bercuti bersama keluarga yang besar di tempat yang begitu tenang macam di sini.

“Lagi dua minggu, keluarga saya sebelah adik-beradik ibu pula buat gathering. Kali ini bercuti di Cameron Highlands membabitkan seramai kira-kira 30 ahli keluarga,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Syoknya! 19 sekeluarga ‘serbu’ homestay tepi sawah selepas setahun tak jumpa, pakai kain pelikat dan batik je… mudah, selesa dan meriah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*