Pernah Digelar Hit4m, Perkongsian YM Che Puan Khaleeda Jadi Inspirasi

Bila bercakap tentang cantik, ramai beranggapan cantik itu diukur dengan melihat kepada rupa paras, berkulit putih, hidung mancung, kurus, tinggi dan sebagainya. Boleh dikatakan, wanita sekarang terlalu taksub untuk memiliki kulit putih kerana bagi mereka kulit putih itu lebih cantik.

Bagaimanapun, berbeza bagi isteri kepada Tunku Mahkota Johor, Yang Mulia Che Puan Khaleeda yang berpendapat setiap wanita mempunyai kecantikan mereka tersend1ri dan apa yang paling penting adalah hati yang baik.

“Sewaktu membesar, saya sering diberitahu yang saya hitam, ada telinga yang besar, terlalu kurus, mempunyai hidung yang besar dan rupa saya hanya ‘biasa-biasa’ sahaja. Nasihat saya untuk semua wanita diluar sana, setiap orang itu berbeza dalam caranya yang tersend1ri.

“Belajarlah untuk sayang, jaga, hargai d1ri send1ri. Ya, saya hitam, ya saya ada telinga yang besar, ya saya ada hidung yang besar. Saya bercakap begini untuk menunjukkan bahawa saya suka dengan apa yang Tuhan telah jadikan saya dan bersyukur dapat belajar menghargai d1ri saya pada usia sebegini.

“Jangan pernah biarkan masyar4kat meletakkan definisi sebenar cantik itu kerana kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Dengan hati yang ikhlas dan tingkah laku yang baik, kecantikan itu datang dengan send1rinya,” tvlisnya.

Perkongsian oleh YM Che Puan Khaleeda menerusi Instagram itu menjadi perhatian ramai dan inspirasi buat wanita diluar sana untuk lebih menyayangi d1ri send1ri. Rata-rata netizen berterima kasih dengan kata-kata motivasi oleh beliau dan mengatakan Che Puan Khaleeda sentiasa cantik di mata mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Rotikaya


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pernah Digelar Hit4m, Perkongsian YM Che Puan Khaleeda Jadi Inspirasi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*