Men4ngis ketika job pertama ‘terg4ntung’ di bangunan 30 tingkat, Spiderwoman k4ntoi muka keluar TV sebab lakukan ‘kerja g1la’… dapat jodoh pun kerja sama!

KERJAYA yang diceburinya tersenarai dalam 10 pekerjaan paling berbah4ya dan berisiko di dunia.

Namun berbekalkan minat dan ‘passion’ yang mendalam, wanita ini memilih untuk memasuki bidang kerja yang lazimnya didominasi oleh kaum lelaki, iaitu juruteknik akses tali (rope access).

Biarpun segelintir orang mungkin menganggap wanita ini melakukan ‘kerja gila’ kerana mempertaruhkan nyawa ‘tergantung’ di atas bangunan penc4kar langit, namun pemilik nama Normalia Sidek ini berasa terpanggil untuk mendedahkan realiti sebenar kerjayanya sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai khususnya kaum hawa.

Video mengenai kerjayanya yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih melebihi 100,000 jumlah tontonan selain dibanj1ri komen warganet yang meluahkan rasa kagum dengan kekentalan dan keberaniannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita bagaimana dia mula terjebak dalam kerjaya tersebut, Normalia atau senang disapa sebagai Maya berkata segala-galanya bertitik tolak daripada hobinya yang menggemari sukan lasak ‘rock climbing’.

“Ia memang sukan kegemaran saya. Jadi bila dapat tahu ada bidang kerja yang memanjat dan guna tali, saya terfikir nak mencuba. Saya berusaha ke arah itu dan menjalani training selama enam bulan.

“Kali pertama dapat job selepas training, saya ditugaskan untuk satu tugasan maintenance di bangunan 30 tingkat. Saya masih ingat, saya menangis teresak-esak. Macam-macam perkara saya fikir masa ‘tergantung’ terutama ibu bapa.

“Terfikir juga ‘kenapalah aku pilih kerja ni?’. Namun mujur supervisor pandai handle emosi saya dan berjaya juga laksanakan tugas tu.

spiderwoman 2

Minat untuk menceburi kerjaya sebagai juruteknik akses tali bertitik tolak kerana hobinya yang menggemari aktiviti rock climbing.

“Kali kedua dan seterusnya, saya dah okay. Perasaan gayat tu tetap ada namun lama kelamaan hil4ng sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Kini Maya sudah empat tahun berkecimpung dalam bidang berkenaan sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

Bercerita lebih lanjut mengenai kerjayanya, Maya berkata juruteknik akses tali tidak sekadar membersihkan tingkap bangunan penc4kar langit semata-mata.

“Selalu orang ingat kerja tergantung pakai tali ni cuci tingkap je. Tapi sebenarnya tugas juruteknik akses tali ni luas… banyak cabangnya.

“Saya send1ri meneroka cabang-cabang baru dan ambil certificate pelbagai bidang dalam lapangan ini sebab terfikir, sampai bila nak cuci bangunan.

spiderwoman 1

Maya sudah empat tahun berkecimpung sebagai seorang juruteknik akses tali bebas (freelance).

“Contohnya, baru-baru ini saya terlibat dengan tugas inspection di offshore. Ia antara satu kepuasan dalam bidang ini,” kata wanita yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan ini.

Bercerita mengenai penerimaan ibu bapa, Maya mendedahkan dia menyorokkan kerjanya daripada pengetahuan keluarga pada awalnya, namun rahsia tersebut pecah selepas mereka menonton sebuah rancangan di televisyen.

“Kantoi bila mereka nampak muka saya dalam Maj4lah 3. Akhirnya saya mengaku saja. Alhamdulillah, ayah sangat menyokong… mak saya restu tapi biasalah, mak-mak mesti risau lebih.

@mayasidek

Counting days ##hazimxmaya

♬ bunyi asal – Helmy_Zizan

“Saya bukan apa, segan nak beritahu takut mereka bangkang. Tapi akhirnya saya sedar, setiap langkah kita memerlukan doa dan restu ibu bapa. Ada hikmahnya juga k4ntoi,” kata anak kelima daripada enam adik beradik ini sambil ketawa.

Perasaan gay4t tu tetap ada namun lama kelamaan hil4ng sebab akhirnya kita akan fikir, inilah kerja untuk cari makan.

NORMALIA SIDEK

Setakat ini, Maya mampu berbangga dengan pencapaiannya yang sudah berjaya menakluk puncak (pinnacle) bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas.

“Ia antara bucket-list yang sudah berjaya dicapai. Seterusnya, saya punyai impian nak takluk Burj Khalifa di Dubai pula,” katanya.

Siapa sangka, wanita ini bertemu jodoh dengan jejaka yang juga berkecimpung dalam bidang yang sama.

“Tak sangka langsung bakal suami pun dalam bidang ni. Tapi saya bersyukur sangat kerana dia sangat memahami kerana berada dalam bidang sama. Tak semua orang boleh faham dan terima wanita kerja macam ni kan,” ujarnya yang bakal bernikah dengan jejaka pilihan hati pada 21 Oktober ini.

spiderwoman 3

Maya ketika menjalankan tugas inspection di pelantar.

Tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka menjadi tul4r, Maya berkata dia berh4rap agar perkongsiannya mampu memberi inspirasi kepada orang lain.

“Ramai yang tanya macam-macam selepas saya share. Alhamdulillah, secara tak langsung mereka tertarik nak tahu lebih lanjut.

@mayasidek

Different people, different dreams…Here is mine. “Dream come true” Another Archivement unlocked 🔓Alhamdulilahh, diberi peluang Dan kepercayaan untuk vessel inspection & flare structure . I hope for who have same dreams, do not give up girls…. Insyallahh perancangan NYA yang terbaik…#offshoremalaysia🇲🇾 ##fpso ##fyp#

♬ Pulang – K-Clique

“Apapun bagi mereka di luar sana, kalau teringin lakukan sesuatu, jangan teragak-agak lakukannya.

“Jangan rendah d1ri kalau bidang kerja didominasi lelaki. Pendek kata, tiada apa yang mustahil. Semuanya terletak pada d1ri send1ri,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Men4ngis ketika job pertama ‘terg4ntung’ di bangunan 30 tingkat, Spiderwoman k4ntoi muka keluar TV sebab lakukan ‘kerja g1la’… dapat jodoh pun kerja sama!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*