(Video) “Saya Dah Nikah Laa Bah,” Ayah ‘Nerv0us’ Sangat Nak Nikahkan Si Adik Tersasul Sebut Nama Kakak

Pernikahan merupakan salah satu hari yang cukup bermakna bagi kebanyakan orang. Maklumlah, fasa perkahwinan ini adalah suatu perubahan yang besar dalam hidup seseorang. Maka tak hairanlah jika pasangan pengantin rata-ratanya rasa gugup menjelang hari pernikahan, terutamanya pengantin lelaki.

Sebab terlampau nervous, maka ramailah yang ‘practice‘ terlebih dahulu untuk upacara akad nikah, malah pada malam-malam sebelumnya lagi. Manakan tidak, nak salam tangan tok kadi pun dah sejuk satu badan, inikan pula nak ucap lafaz akad dengan satu nafas. Boleh tak tidur malam jawabnya.

Tapi lain pula ceritanya dengan pasangan pengantin baru ni. Kalau selalu kita tengok pengantin lelaki yang nervous masa akad nikah, tapi kali ni wali pulak yang gugup sampai tersalah sebut nama anak.

Video yang diunggah pengguna TikTok yang dikenali sebagai Syanim Arisya ni cukup bikin warga net pecah tawa. Mana tidaknya, nak nikahkan si adik tapi ayahnya tersasul sebut nama si kakak. Nasib baik belum sempat disambut lagi oleh pengantin lelaki. Kalau tidak makin haru jadinya.

“Orang dah nikah la abah, saya dah nikah. Kang kawin dua saya,” kata kakak Syanim diikuti gelak tawa hadirin di majlis akad nikah tersebut.

@pilihsayaeiyameyya

##throwback ; bapak aku nebes sgtsampai salah sebut nama anak perempuan dia😭🤣 ##fyp ##pengantinlama

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

“Nama lebih kurang..”

Syanim ketika dihubungi berkata, video tersebut dirakam di hari pernikahannya oleh si kakak. Katanya ini merupakan kali kedua ayahnya mewali nikahkan, yang pertama adalah semasa pernikahan kakaknya.

Tambah Syanim, sang ayah sebenarnya dah praktis terlebih dahulu sebelum upacara akad nikah, tapi masih tersasul. Mungkin kerana nama dia dan kakaknya hampir sama.

“Nama lebih kurang, sorang Nursyanim (pengunggah), sorang lagi Nursyazreen (kakak).

“Dah praktis dah sebelum nikah tapi masih tersasul, padahal dah kali kedua,” kata Syanim, turut terhibur dengan gelagat ayahnya.

“Biasanya pengantin yang nervous…”

Di ruangan komen, warga net pecah tawa melihat tingkah ayah ini yang tersalah ‘nikahkan’ anak perempuannya. Ingatkan pengantin lelaki je yang nervous, rupanya wali pun sama ya.

Sumber: TikTok Syanim Arisya via  https://topnewsdaily24.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "(Video) “Saya Dah Nikah Laa Bah,” Ayah ‘Nerv0us’ Sangat Nak Nikahkan Si Adik Tersasul Sebut Nama Kakak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*