870,000 individu hil4ng kerja dibayar BKP mulai esok

HAMPIR 870,000 individu bakal menerima Bantuan Kehil4ngan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara one-off bermula 26 Oktober.

Ia merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama sekali kumpulan sasar yang terjejas akibat p4ndemik cov1d-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata BKP diberikan kepada pekerja yang kehil4ngan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso dalam tahun 2021.

“Kesemua bantuan ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Penerima boleh menyemak status kelulusan BKP mereka mulai 26 Oktober melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "870,000 individu hil4ng kerja dibayar BKP mulai esok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*