Selepas Cer4i, Aku Bagi Rumah Dekat My ex , Aku Duduk Hotel Sampai 13 Tahun – Tok Ram

Siapa tidak kenal dengan Datuk Ramli MS, seorang pemuzik terkenal Malaysia dan merupakan bekas pengetua Akademi Fantasia musim ke-2 dan ke-6 ini.

Pemilik nama sebenar Ramli Mohd Salleh yang lebih mesra dengan panggilan Tok Ram dan dilahirkan pada tahun 1959 ini ialah seorang maestro muzik kelahiran Geylang, Singapura.

Beliau tidak berpendidikan tinggi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 6 sahaja berikutan masalah kesusahan hidup yang dialami sehingga menyebabkan Tok Ram mula bekerja sebagai buruh binaan seawal usia 8 tahun bagi membantu keluarga.

Dek kerana minat beliau terhadap bidang muzik, Tok Ram mula mempelajari ilmu muzik dengan bersungguh-sungguh pada usia 14 tahun melalui kaedah membaca dan bertanya pada insan-insan seni.

Beliau mendapat pengalaman luas dalam bidang muzik di Hong Kong dan kini menetap dan berkarya di Malaysia.

Umum mengetahui Datuk Ramli MS telah berkahwin dengan penyanyi Alyah.

Namun sebelum itu, beliau telah berkahwin dengan isteri pertamanya, Jennifer Thompson pada 1988. Mereka telah dikurniakan 2 orang anak iaitu Najee Ramli dan Nadiah Ramli. Namun usia perkahwinan mereka tidak panjang.

Untuk rekod, Jennifer Thompson juga merupakan orang kuat di belakang tabir, seorang yang dah lama dalam bidang industri seni ini.

Dalam satu rancangan TV bual bicara santai Laser Bertemu Laser yang dihoskan pengacara sensasi Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA, Tok Ram telah berkongsi satu kisah menarik mengenai perkahwinan pertamanya.

Menerusi rancangan episod kedua itu, Tok Ram telah menjadi tetamu undangan untuk berborak santai dengan Diva AA.

Kisah Tok Ram 13 tahun duduk di hotel

Antara topik yang menarik perhatian ialah apabila Diva AA berjaya mencungkil rahsia Datuk Ramli MS atau Tok Ram yang pernah tinggal di hoteI selama 13 tahun.

Tok Ram berkata, beliau tinggal di hoteI selepas bercrai dengan isteri.

” Aku tinggal di hoteI selama 13 tahun dan tak pernah tutup ‘aircond’ sepanjang tempoh itu.

” Buat apa nak maIu? Selepas aku bercrai, aku bagi rumah aku dekat ‘my-ex’, aku keluar bawa baju je aku pergi duduk hoteI.

” Kalau kau bagi pilihan antara rumah dengan hoteI aku pilih duduk hoteI sebab macam bomba mereka datang kalau kita minta apa-apa,” jawab Tok Ram jujur.

Tambah Tok Ram lagi, beliau juga tidak pernah berasa malu dengan tanggapan negatif orang lain terhadap dirinya.

” Kalau pergi rumah orang tak jemput makan…kita makan itu malu. Tapi malu kalau orang mengata, nak tengok kita negatif, I don’t care!,” katanya kepada Diva AA.

Sebelum ini, media dan beberapa portal hiburan terkenal pernah menyiarkan kisah Tok Ram yang tinggal beberapa di hoteI.

Pada sekitar 2011, beliau membuat keputusan untuk berpindah ke rumah yang baru dibelinya selepas beberapa tahun menetap di sebuah hoteI.

Ketika itu Tok Ram berkata, sudah sampai masanya untuk dia memikirkan masa depan dengan memiliki sebuah rumah yang selesa agar dapat tinggal bersama ibunya yang masih lagi menetap di Singapura.

” Antara sebab saya tinggal di hoteI selama ini kerana kemudahan yang disediakan memudahkan saya yang sentiasa sibuk menguruskan kerjaya seni.

” Jadi saya tidak perlu nak fikir tentang masalah rumah bersepah, keselamatan dan sebagainya.

” Bagaimanapun, saya juga perlu memikirkan tentang masa depan. Insya-Allah saya akan membawa ibu bersama-sama untuk berpindah sekitar bulan Januari atau Februari akan datang,” katanya.

Tambah Ramli, dia juga akan mengubahsuai salah satu bilik di rumah itu untuk dijadikan sebuah studio mini bagi memudahkan dirinya untuk menghabiskan kerja-kerja seninya itu.

” Sikap saya lain, banyak perkara yang perlu diuruskan dulu seperti anak-anak, kerjaya dan urusan pembelian rumah baru. Jadi saya tak terfikir pun untuk berkahwin buat masa ini.

” Tapi semestinya saya mahu kahwin satu hari nanti,” ” seloroh Tok Ram yang ketika masih belum berkahwin dengan Datin Alyah.

Bercerita tentang hidupnya sepanjang 13 tahun menetap di hoteI, Ramli berkata tiada memori yang indah untuk diingati dek kerana terlalu fokus dengan kerjayanya, tetapi gembira, pekerja hotel sentiasa melayannya dengan baik.

” Memandangkan sudah lama saya tinggal di sini, mereka telah memberi kebebasan untuk saya.

” Bayangkan, mereka turut membenarkan saya memasak di dapur hoteI. Alhamdulillah, saya dilayan dengan baik.” kata Tok Ram.

Kredit: thebolalive

Sumber:gempak dan mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber :  http://transformasi.host/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas Cer4i, Aku Bagi Rumah Dekat My ex , Aku Duduk Hotel Sampai 13 Tahun – Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*