Akhirnya Aina Abdul Berjaya Membeli Mikrofon Idamannya Setelah Tiga Tahun Kumpul Duit. Tak Sangka Ini Harga Mikrofon Tersebut

DEMI kepu4san untuk menyanyi, penyanyi Aina Abdul menyimpan duit selama tiga tahun bagi membeli mikrofon idamannya yang dianggarkan mencecah puluhan ribu ringgit.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani berkata dia menyimpan impian untuk mempunyai mikrofon send1ri seperti penyanyi Taylor Swift dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Boleh dikatakan saya ambil masa selama tiga tahun kumpul duit untuk beli mikrofon send1ri… saya kumpul sejak lancar lagu Sump4h.

Aina 2

Aina bakal membuat persembahan di pentas Istana Budaya buat kali pertama.

“Saya memang dah lama idamkan untuk ada mikrofon send1ri sebab saya tengok Taylor Swift dan Datuk Siti Nurhaliza.

“Bila tengok mereka ada mikrofon send1ri setiap kali membuat persembahan menjadi motivasi buat saya. Sebagai penyanyi, kena ada mikrofon send1ri,” katanya kepada mStar.

Aina ditemui ketika sidang media Konsert Patriotik Konsert Patriotik Tanah Airku di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.

 

Tapi yang penting senang untuk saya menyanyi dan selesa.

AINA ABDUL

PENYANYI

Selain Aina, konsert yang bakal diadakan pada 6 November di Istana Budaya turut menampilkan penyanyi Syamel, Ernie Zakri, Fitri Hiswady dan Ha1ri Safwan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Semalam ini meneg4skan dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk namun sekadar ingin memberi semangat kepada d1rinya.

Malah, Aina berkata dia berasa lebih selesa menggunakan mikrofon tersebut biarpun harganya mahal daripada biasa.

Aina 1

Aina mahukan keselesaan ketika menyanyi.

“Saya bukan nak menunjuk-nunjuk ada mikrofon tapi ia seperti memberi semangat kepada saya. Bagi saya, berbeza menyanyi dengan mikrofon biasa dengan send1ri.

“Mudah untuk saya menyanyi walaupun harga bagai nak m4ti nak bayar. Tapi yang penting senang untuk saya menyanyi dan selesa.

“Sebelum ini, saya pernah menggunakan mikrofon jenama itu tapi pinjam. Mereka beri saya pakai lima kali dan saya berjanji akan beli juga,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Akhirnya Aina Abdul Berjaya Membeli Mikrofon Idamannya Setelah Tiga Tahun Kumpul Duit. Tak Sangka Ini Harga Mikrofon Tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*