Pilu, isteri positif Cov1d-19 men1ngg4l dunia selepas l4hirkan bayi

NILAI: Seorang bapa reda dengan ketentuan Ilahi apabila isterinya men1ngg4l dunia akibat j4ngkit4n cov1d-19, namun anak dikandungnya selamat dilahirkan dalam keadaan pram4tang ketika itu.

Mohd Shahril Hakimi Hamdan, 41, berkata selepas dimaklumkan dia sekeluarga menghid4p j4ngkit4n v1rus itu, hanya isteri, Hasmira Hussain, 38, dan anak sulungnya, Nurhasmieda, 20, dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban pada 4 Ogos lalu kerana ada al4han.

“Pada mulanya saya jangka isteri hanya terkena j4ngkit4n biasa, tetapi pada 7 Ogos lalu doktor memaklumkan dia terpaksa ditidurkan dan anak dikandungnya terpaksa dibed4h sehari selepas itu walaupun dalam keadaan pram4tang.

“Anak bongsu lahir ketika kandungan isteri 32 minggu (tujuh bulan) dengan berat 1.95 kilogram dan kami tidak sempat membuat apa-apa persiapan kerana disahkan positif cov1d-19 ketika itu.

“Saya langsung tidak fikirkan perkara bvruk akan berlaku sehingga diberitahu pihak hospital yang isteri disahkan men1ngg4l dunia pada jam 7.26 malam 20 Ogos lalu walaupun arw4h ketika itu tidak lagi dij4ngkiti cov1d-19,” katanya selepas menerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumah ibunya, di sini, hari ini.

Mohd Shahril berkata, pada 1 September lalu, anak yang dilahirkan itu dibenarkan dibawa pulang tanpa sebarang persiapan kerana ketika dia sekeluarga sedang diku4rantin.

“Saya masih ingat kenangan bersama isteri ketika membuat panggilan video untuk kali terakhir sebelum dia ditidurkan, arw4h berpesan saya menjaga anak lelaki tunggal kami yang manja dengannya,” katanya.

Mohd Shahril berkata, dia akan terus menjaga anak bongsunya itu, Nurhasmeyra, yang kini berusia sebulan, walaupun ramai meminta untuk menjaga bayi terbabit yang kehil4ngan ibu.

“Saya dengan dibantu anak lain akan menjaga Nurhasmeyra kerana dia hadiah ter4khir isteri. Saya juga perlu melihat keperluan enam anak yang semakin membesar, Nurhasmieda, Nurhasmieka, 18, Nurhasmieza, 17, Nurhasmiefa, 14; Nuruh Huda Diyana Husna, 10; dan Ajad Aqil Arfa, 5,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : wowberita


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pilu, isteri positif Cov1d-19 men1ngg4l dunia selepas l4hirkan bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*