(video) Sisi Lain Yang Kita Tak Tahu Tentang Pak Nil “..dan Beberapa Minggu Lalu Saya Telah Perhatikan Tingkahlakunya”

Baeberapa waktu yang lalu, pelakon jelita Datin Lisa Surihani ada mendedahkan tentang perangai sebenar pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi sewaktu mereka sedang menjalani penggambaran bersama dalam sebuah drama bakal ditayangkan di Astro.

Menurut Lisa, Aznil sentiasa menjadi yang terawal menunaikan solat dan akan cuba mencuri masa untuk baca al-Quran. Ujarnya lagi, dia sudah memerhatikan tindakan insan yang mesra disapa Pak Nil itu sejak beberapa minggu lalu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Lisa menerusi laman Instagram miliknya di mana dia meluahkan rasa terinspirasi bila mengetahui rutin harian Pak Nil.

“Datuk @aznilnawawihm adalah salah seorang pelakon dalam produksi drama bersiri @yurekafilms untuk Astro, dan beberapa minggu lalu, saya telah perhatikan tingkahlakunya.

“Dia selalu jadi orang terawal tunaikan solat fardhu dan setiap hari dia akan mencari masa untuk baca al-Quran sewaktu Asar. Memerhatikannya memberi saya inspirasi,” tulis Lisa.

Sementara itu, isteri kepada pelakon Datuk Yusry Abdul Halim itu turut memaklumkan dia juga sempat bersembang dengan lebih mendalam bersama Pak Nil mengenai perjalanan hijrahnya.

Menjadi Sumber Inspirasi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut terinspirasi dengan perkongsian Lisa selain meluahkan rasa kagum melihat sikap Pak Nil.

Sangat rendah diri

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani)

Sumber: Instagram Lisa Surihani via ohmymedia.cc


Apa kata anda?

Be the first to comment on "(video) Sisi Lain Yang Kita Tak Tahu Tentang Pak Nil “..dan Beberapa Minggu Lalu Saya Telah Perhatikan Tingkahlakunya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*