PU Syed Tegur Caprice, Lafaz Sump4h Perlu Dilakukan Dengan Nama Allah

Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Syed menerusi laman Instagram nya menegur kenyataan sump4h yang dibuat oleh penyanyi rap, Caprice baru-baru ini.

Perlu Dilakukan Dengan Nama Allah

Menurut PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, Caprice seharusnya membuat lafaz sump4h dengan menggunakan nama Allah dan bukanlah atas nama ibu dan bapanya.

“Buat saudara Aris bin Ramli aka Caprice, khas dan semua amnya, sump4h hendaklah hanya dilakukan dengan menggunakan nama Allah SWT atau salah satu sifat-Nya.

“Dalam sebuah hadis yang d1riwayatkan daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

“Sesiapa yang ingin bersump4h, maka hendaklah dia bersump4h dengan nama Allah atau lebih baik diam.”

“Riwayat Imam al-Bukhari (3836) dan Imam Muslim (1646),”tegur PU Syed

Caprice Tidak Perlu Angkat Sump4h 

Dalam hantaran yang sama, PU Syed juga berpendapat Caprice tidak perlu mengangkat sump4h sebaliknya orang yang ditudvh tersebut perlu berbuat demikian.

“Nasihat ambe, yang perlu bersump4h itu adalah beliau, bukan Caprice. Namun setakat ini belum nampak dia nak bersump4h.

“Sedangkan di dalam hadis ada menyatakan (bukti bagi yang mndakwa dan bersump4h bagi yang didakwa). Wallahualam,” katanya lagi

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYED MOHD BAKRI BENYAHYA (@pusyed_official)

Terdahulu, Caprice bersump4h bahawa dia mengenali per4ngai sebenar sikap seorang pendakwah terkenal sehingga sanggup bersump4h atas nama ibu dan bapanya

“Wallahi atas nama ibu dan bapa saya, sejak isu Gaza, saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini.” tvlis Caprice

Ketika ini, Caprice terus mendedahkan pelbagai bukti dan juga isu berkaitan yang melibatkan seorang pendakwah sehingga menjadi tumpuan di media sosial.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "PU Syed Tegur Caprice, Lafaz Sump4h Perlu Dilakukan Dengan Nama Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*