[VIDEO] Cecah Ratusan Juta? Krisdayanti Ded4h Pendapatannya Sebagai Wakil Rakyat

Walaupun sibuk menjadi wakil rakyat, penyanyi Indonesia Krisdayanti tetap aktif dalam dunia hiburan. Sebelum ini, beliau telah merilis lagunya berjudul This Is Indonesia dan empat menyanyikan semula lagu Hanya Memuji bersama Sandhy Sondoro.

Untuk rekod, adik kandung kepada Yuni Sh4ra ini telah menjadi ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia pada Pemilu 2019 dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Terima Gaji Beberapa Kali Dalam Sebulan

Menerusi temubualnya di Youtube Akbar Faizal Unscensored, Krisdayanti tampil membuat pendedahan gaji yang diperolehnya sebagai wakil rakyat dan ternyata beliau mendapat gaji beberapa kali dalam sebulan.

“Setiap tanggal 1 Rp16 juta (RM 4674.60).” jelas Krisdayanti

Selepas 1 haribulan pada setiap bulan, bekas isteri Anang Hermansyah kembali mendapat k1riman wang yang dimasukkan ke akaunnya pada 5 haribulan sebelumnya. Bagaimanapun, jumlah wang yang diterimanya tidak lengkap kerana terdapat beberapa jenis potongan yang telah dibuat.

Tanggal 5 Rp59 juta (RM17,237.59) ya kalau tidak salah.”- tambah Krisdayanti

Tanggungjawab yang Besar

Penyanyi kelahiran Batu, Jawa Timur itu akui tidak berbangga dengan nilai pendapatan yang tinggi sebagai anggota dewan kerana beliau mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam menerima ratusan juta tersebut.

“Kami juga harus menyerap aspirasi di 20 titik, itu kehadiran kita. Mohon maaf kepada senior saya, saya berusaha semaksima mungkin.

Saya akan tergetar hati saya jika tidak menyampai nilai-nilai kemasyar4katan”-katanya

Krisdayanti menambah, beliau turut menerima wang untuk electoral district visit beberapa kali dalam setahun.

“Rp140 juta (RM40896.85), itu 8 kali setahun”- dedah penyanyi ini

Walaupun setiap bulan beliau memperoleh pendapatan yang tinggi sebagai wakil rakyat, Krisdayati menjelaskan bahawa beliau tidak mahu menghabiskan wang itu keseorangan dan mempunyai hak orang lain disebalik rezeki yang diperolehnya itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Murai my


Apa kata anda?

Be the first to comment on "[VIDEO] Cecah Ratusan Juta? Krisdayanti Ded4h Pendapatannya Sebagai Wakil Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*