Lepas anak buat laporan p0lis isu v4ksin, ada perkara lain yg buat Ellie khuatir

Ellie Suriati Omar menyatakan rasa bimbang jika pelajar – termasuk anaknya – yang enggan menerima sunt1kan v4ksin C0v1d-19 dihalang daripada menduduki peperiksaan awam.

Katanya kebimbangan itu adalah wajar sebagai seorang ibu kepada dua anak yang masing-masing berusia 17 tahun dan 12 tahun.

Menurut Ellie, seorang daripada anaknya itu, Azrell Omar Iskandar, sepatutnya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, manakala Nur Azreen, 12, akan memasuki tingkatan satu.

“Jika berlaku begitu (hak tolak v4ksin dinafikan) saya sebagai ibu mungkin terpaksa naik ke mahk4mah untuk pertahankan hak kami,” katanya kepada Malaysiakini hari ini

Menurut Ellie seseorang itu berhak memilih sama ada mahu menerima vaksin atau tidak dan Kementerian Pendidikan perlu menghorm4t1nya.

Dia juga menganggap keinginan seseorang men0lak v4ksin sebagai isu nasional.

Ellie, 51, yang juga pelakon itu mengakui memang kerajaan tidak memaksa rakyat untuk mengambil v4ksin, tetapi pilihan yang dibuat itu mewujudkan diskrimin4si.

“Hal itu menyebabkan kami tertanya-tanya dengan pilihan yang diberi. Ia pada masa sama menjadikan masyarakat berpecah-belah.

“Jangan sampai kebebasan orang ramai terkekang termasuk tak boleh bekerja jika tak nak div4ksin,” katanya.

Ellie mengesahkan di media sosial semalam bahawa anaknya, Azrell Omar dan Nur Azreen bersama seorang rakan mereka, Hanif 17 tahun adalah individu yang membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati pada 30 Ogos lalu.

Laporan didakwa dibuat bagi mempertahankan hak mereka menolak suntikan v4sin yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar.

Kedua-dua anak Ellie itu membuat laporan tersebut kerana mendakwa bimbang berlaku perkara tidak diingini ke atas mereka selepas menerima borang daripada guru untuk sunt1kan v4ksin pada dua minggu lalu.

Bagaimanapun, Ellie, menafikan bahawa dia menjadi punca atau memaksa anak-anaknya untuk menolak sunt1k4n v4aksin C0vid-19.

Menurutnya dia sekeluarga juga belum div4ksin sebaliknya mengamalkan kaedah homeopati sebagai langkah mengelak wab4k berb4haya itu.

“Bukan saya paksa, tapi mereka sendiri yang buat pilihan itu. Bagi saya, ni adalah hak kebebasan perubatan mereka.

“Lagipun, dalam borang diberitahu bahawa tiada siapa akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan v4ksin.

“Tapi saya berfikiran terbuka, sekiranya ada ibu bapa lain yang mahu anak mereka div4ksin, v4ksinlah. Namun, pada yang tak mahu, pandangan mereka patut didengar kerana ini libatkan generasi akan datang,” katanya

Ellie Suriaty guna rawat4n homeopati, amal makanan sunah ceg4h C0v1d-19 – “Kita tidaklah b0d0h untuk faham data saintifik”

TIADA unsur paksaan dalam hal kebebasan perub4tan.

Begitulah prinsip yang dipegang pelakon dan pengarah Ellie Suriaty Omar dalam isu menolak pemberian v4ksin C0vid-19 terhadap dua anaknya.

Ujar Ellie, 51, dia dan suami yang juga aktor Azri Iskandar, 53, menghorm4t1 keputusan anak-anak mereka yang berumur 17 dan 12 tahun itu atas faktor keselam4tan dan kesih4tan.

“Saya dan suami sependapat, ini untuk kesih4tan mereka… mereka mempunyai medic4l freedom. Kita faham kehendak anak-anak.

“Apabila anak-anak beritahu taknak ambil v4ksin jadi saya perlu hormat keputusan mereka,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ellie tampil mengulas tentang laporan polis yang dibuat dua anaknya iaitu Azrell Omar Azri Iskandar, 17, dan adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, serta seorang rakan mereka Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin.

Laporan polis yang dibuat oleh Azrell dan adik perempuannya, Nur Azreen di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin.

Laporan polis berkenaan bagi menyatakan hak mereka untuk menol4k suntik4n v4ksin yang akan dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar tidak lama lagi.

Ketiga-tiga mereka bimbang akan implik4si yang boleh menimpa sekiranya mengambil suntik4n v4ksin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/ 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lepas anak buat laporan p0lis isu v4ksin, ada perkara lain yg buat Ellie khuatir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*