Ziela Jalil Beritahu Pada Awal Muharram Anak Dia Minta Masakkan Mee Goreng Dan Dia Buat Ikut Apa Yg Arw4h Siti Sarah Amalkan

KUALA LUMPUR: “Saya pernah rasa kehil4ngan itu,”.

Itu lu4han pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil kepada pelawak dan usahawan Shuib selepas selesai majlis tahlil dan bacaan yassin malam Selasa.

Jelas Ziela, Shuib adalah orang yang beruntung kerana dipinjamkan Allah bidadari syurga.

“Bila baca kenyataan daripada kalangan rakan Allahyarhamah atau pun rakan-rakan kakak yang tidak kenal, mereka pun terkesan.

“Apabila dapat berita pemergian dia saya terkedu. Cara pemergiannya saya cemburulah, Allah muliakan dia dan angkat dia.

“Shuib juga sangat bertuah kerana dipilih untuk berkongsi hidup bersama dengan insan yang istimewa,” ujarnya.

Ziela yang mengusahakan rumah produksi, Pena Creative Picture, kongsinya lagi, sempena awal Muharram baru-baru ini dia memasak masakan dengan amalan doa Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

“Anak minta saya masakkan mee goreng, biasa masak selalu selawat. Tapi hari itu, saya masak ikut cara amalan arw4h seperti mana yang dikongsikan di Instagram.

“Itulah yang dia tinggalkan, ilmu yang bermanfaat, ramai ikut jejak langkahnya.

“InsyaAllah Shuib kuat dan anak-anak yang ditinggalkan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,” akh1rinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Utusan Online via TTK


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ziela Jalil Beritahu Pada Awal Muharram Anak Dia Minta Masakkan Mee Goreng Dan Dia Buat Ikut Apa Yg Arw4h Siti Sarah Amalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*