VVIPLawat lokasi tr4gedi, netizen pel1k ramai MP ikut PM naik jet peribadi kerajaan

Umum sedia tahu bahawa lawatan ke kawasan tr4gedi kepala air di Yan Kedah merupakan lawatan pertama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas sah bergelar Perdana Menteri Kesembilan Malaysia.

Beliau telah menaiki pesawat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar kira-kira pukul 10.45 pagi Isnin.

Makan2 dalam jet

Walau bagaimanapun, tular di media sosial berkenaan beberapa keping gambar memperlihatkan beberapa Ahli Parlimen dari parti UMNO turut serta bersama-sama beliau di dalam pesawat.

Hal tersebut telah dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial yang berasa kurang senang berikutan ketika ini aktiviti merentas negeri masih belum boleh dilakukan lebih-lebih lagi kepada mereka yang tiada urusan penting di luar kawasan.

Bagi nama naik bas, dah dapat nama naik jet terus

Pelbagai komen diterima di ruangan komen dari netizen susulan melihat gambar tersebut tersebar. Rata-rata pelik mengapa ahli parlimen dari kawasan lain juga boleh turut serta bersama Perdana Menteri melawati kawasan tragedi di Kedah.

Ada juga sebahagian daripada netizen yang mempertikai Prosedur Operasi Standard (SOP) antara mereka kerana berkumpul bersama tanpa penjar4kan sosial serta ada yang tidak memakali pelitup muka.

Senior2 lah ni

Macam dekat warung Pak Jabit

Lawatan sambil belajar ke ni?

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut dan masih menjadi spekulasi dalam kalangan netizen di media sosial.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri telah turun melawat kawasan di sekitar Merbok untuk meninjau kawasan yang dilanda banjir kilat, iaitu Jambatan Tupah, Taman Lembah Merbok dan Loji Air Tupah.

Beliau turut di1ringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam lawatan rasmi pertamanya sejak mengangkat sump4h sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Twitterย @PutraREFORMASI,ย @zack_rocker, FBย Mahfuz Omar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "VVIPLawat lokasi tr4gedi, netizen pel1k ramai MP ikut PM naik jet peribadi kerajaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*