Allahuakbar, Abang Siti Sarah kini dipindahkan ke ICU. Ini update terkini dari Shuib jam 3 pagi

SELEPAS dimasukkan ke hospital akibat cov1d-19 pada Selasa, abang kepada allahy4rham Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raissuddin dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serang, Selangor selepas paras oksigen dalam badan semakin menurun.

Perkara itu dikongsi oleh adik iparnya, Shuib Sepahtu yang turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan Ahmad Firdous agar diberi kesembuhan.

“Assalamualaikum semua, Allah maha besar. Baru dapat panggilan abang ipar saya dimasukkan ke ICU.

“Saya mohon doakan Ahmad Firdous Raissudin diberi kesembuhan segera. Amin” tulisnya.

Pada Selasa, Shuib memaklumkan keadaan kesihatan dan oksigen abang iparnya yang turut dijangkiti cov1d-19 merosot dan dimasukkan ke hospital.

allahy4rham Siti Sarah Raissuddin menghembuskan nafas terakhir disebabkan komplikasi berpunca cov1d-19 pada Isnin lalu selepas tiga hari ditidurkan.

Dalam jam 3 pagi lebih, Shuib ada mengemas kini IG beliau memohon doa dari semua

“Assalammualaikum semua,,,Allah Maha Besar,,,Allah Maha Kuasa,,,Baru dpt panggilan abang ipar sy,Abang kepada arw4h di masukkan ke ICU,Sy mohon mendokan AHMAD FIRDAUS BIN RAISSUDDIN SEMOGA DIBERI KESEMBUHAN SEGERA,AMIN YA RAB”

Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Saya jadi f0bia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” katanya.

Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.

“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.

“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti C0vid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,” katanya.

Shuib juga menekankan kepentingan v4ksin dalam situasi pandemik sekarang.

“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dij4ngkiti, yang nyawanya diambil.

“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang j4ngkitan,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah disahkan meningg4l dunia akib4t C0vid-19, kelmarin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Allahuakbar, Abang Siti Sarah kini dipindahkan ke ICU. Ini update terkini dari Shuib jam 3 pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*