Shuib Kena Cari Susu Ibu Untuk Ayash Affan Tapi Ini Nasihat Yang Diberikan Oleh Pendakwah Terkenal Kepadanya

DEMI kebaikan dan kesihatan bayi, pelawak Shuib Sepahtu dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan susu badan untuk anak pramat4ngnya, Ayash Affan.

Menurut pendakwah terkenal, Haslin Baharim, tiada hal4ngan daripada sudut agama untuk Shuib mendapatkan bekalan susu ibu yang terbukti mengandungi banyak khasiat untuk bayi.

“Tak ada masalah untuk anak tu minum susu ibu (bukan ibu kandung) kerana yang penting moga-moga itu yang terbaik untuk anak.

“Semua tu yang terbaik untuk anak. Satu kerug1an yang amat besar kalau bayi tidak diberikan susu manusia… susu ibu,” katanya.

Haslin berkata demikian pada majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk Allahyarham Siti Sarah yang dikendalikan secara virtual, malam Khamis.

sarahh

Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahyarham Siti Sarah.

Sebelum ini mStar melaporkan mengenai kebimb4ngan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, tentang status dari sudut hukvm agama jika dia mahu mendapatkan susu badan daripada wanita lain untuk anaknya.

Persoalan tentang hal berkenaan muncul selepas doktor mencadangkan supaya suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin itu mendapatkan bekalan makanan utama bayi itu bagi menggantikan susu formula.

Sementara itu pendakwah berkenaan turut berpesan supaya Shuib berhati-hati dalam mendapatkan susu berkenaan kerana ia bakal menjadi d4rah d4g!ng anaknya untuk seumur hidup.

 

Tapi kena pastikan identiti, nasab dia… sebab susu ni akan jadi halal sampai ki4m4t.

HASLIN BAHARIM

PENDAKWAH BEBAS

“Tapi kena pastikan identiti, nasab dia… sebab susu ni akan jadi halal sampai ki4m4t.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembvskan nafas terakhir akibat c0v1d-19 pada pukul 5.13 pagi pada 9 Ogos lalu.

Allahyarham men1ngg4lkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq m4tin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Shuib Kena Cari Susu Ibu Untuk Ayash Affan Tapi Ini Nasihat Yang Diberikan Oleh Pendakwah Terkenal Kepadanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*