Dua kali bed4h, wanita hid4p tum0r sejak kecil terpaksa ketepi rasa m4lu demi sesuap nasi – “Kalau orang pandang buat tak tahu saja”

SUDAH menjadi lumrah hidup, setiap insan menerima ujian berbeza-beza.

Begitu juga dengan wanita ini yang reda diuji dengan ketumbvhan pada mata sejak berusia dua tahun.

Menurut Nor Najwa Ayuni Hamdan, 30, dia reda apabila disahkan menghid4p neurofibromatosis dan cuba menjalani kehidupan biasa seperti insan-insan lain.

Mesra disapa Najwa, dia ketika dihubungi mStar mended4hkan pernah menjalani pembed4han sebanyak dua kali, namun ketumbvhan itu tetap ada sehingga ke hari ini.

“Ia bermula ketika saya umur dua tahun. Kecil sahaja pada waktu itu sehinggalah saya terpaksa dibed4h pada umur empat tahun.

“Ingatkan dah habis, rupa-rupanya masih ada lagi ketumbvhan selepas dibed4h. Kemudian saya menjalani pembed4han kedua ketika umur 16 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Pada waktu itu ketumbvhan dah besar, doktor bu4ng yang bahagian tepi saja. Sekarang saya hanya melihat dengan satu mata,” ujarnya.

Menurut wanita dari Hulu Terengganu itu, pandangan yang terhad menjadi cabaran utama, namun dia sudah terbiasa.

Malah katanya, dia tidak mahu bersed1h dengan takdir, sebaliknya mahu cekal meneruskan kehidupan untuk menyara d1ri.

Masa sekolah rendah ada budak-budak ej3k, sekolah menengah dah tak ada.

NAJWA

“Saya dah enam tahun menetap di Petaling Jaya, Selangor. Sekarang saya bekerja dalam bidang customer service.

“Memang pandangan saya terbatas, tapi saya dah terbiasa. Ketumbvhan ni pun tak s4kit, cuma kadang-kadang ia rasa berdenyut.

“Kadang-kala saya rasa segan juga. Tapi kalau saya tak yakin, macam mana saya nak kerja dan dapat duit? Jadi saya teruskan macam biasa,” ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

Imbas Najwa, dia juga pernah di3jek ketika zaman sekolah rendah, namun semuanya berubah apabila dia ke sekolah menengah.

“Masa sekolah rendah ada budak-budak ej3k, sekolah menengah dah tak ada. Kalau ada orang tanya, saya sedia bercerita. Cuma tak suka bila orang pandang pelik kepada saya.

“Dah terbiasa sejak kecil lagi, tapi kadang-kadang tetap m4lu nak pergi tempat orang ramai,” ujarnya lagi.

Disebalik ujian yang dihadapi bertahun lama, Najwa turut menerima banyak sokongan selepas videonya tular di TikTok.

Kata Najwa, dia tak sangka akan meraih perhatian ramai dan berterima kasih atas segala doa yang dititipkan kepadanya.

“Saya terharu sebab ramai yang prihatin dan doakan saya. Saya juga tak sangka akan viral.

“Banyak yang positif, ada juga indidvidu senasib dengan saya tinggalkan komen. Pesan saya kepada mereka yang ada peny4kit ini, abaikan kata-kata negatif. Kalau orang pandang, buat tak tahu saja.

“Satu lagi saya nak kongsikan, ia sekadar nasihat saja. Kalau kita rasa kita ni teruk, elok pandang orang yang lebih teruk lagi. InsyaAllah kat situ kita akan rasa bersyukur. Allah uji tanda Allah sayang, selalu fikir positif dengan Allah,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dua kali bed4h, wanita hid4p tum0r sejak kecil terpaksa ketepi rasa m4lu demi sesuap nasi – “Kalau orang pandang buat tak tahu saja”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*