Biarpun Ucapan Ringkas Dari Perdana Menteri, Ini ‘pujian’ Bossku kepada Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggunakan pendekatan Keluarga Malaysia sebagai tunjang dalam ucapan perdana selaku Perdana Menteri ke-9.

Perdana Menteri berkata, semua ahli Dewan Rakyat khususnya sama ada di dalam atau luar kerajaan supaya menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.

“Marilah kita dengan fikiran terbuka dan dada yang menerima, mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan. Kita perlu bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita iaitu Keluarga Malaysia.

“Frasa ini digunakan kerana sifatkan lebih inklusif serta merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum,” katanya dalam ucapan yang disiarkan secara rakaman di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Tambahnya, kita semua menyedari kewujudan sesebuah keluarga yang berkahwin dengan pelbagai bangsa dan agama tetapi nilai kekeluargaan telah mengikat mereka semua.

Menurut Ismail Sabri, oleh sebab itu, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi beliau keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Najib Ucap Tahniah, Ucapan Ikhlas

Dalam pada itu, Najib Razak tampil memuji ucapan Ismail Sabri di facebook beliau dan menyatakan kesedian beliau membantu Ismail Sabri dalam memer4ngi pand3mik C0vid

“Tahniah PM9 atas ucapan sulung yang penuh keikhlasan dan bermakna.

“Pendekatan Keluarga Malaysia dan pelawaan kepada pihak pembangkang untuk sumbang pada pemulihan negara membuktikan sifat inklusif dan keterbukaan kerajaan baharu demi negara dan Rakyat.

“PM9 juga telah menggariskan keutamaan negara hari ini – iaitu pendekatan yang lebih menyeluruh untuk melawan cov1d, membantu Rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Bagi mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu.

“Saya dan seluruh Rakyat Malaysia akan membantu merealisasikan impian ini.

“Kita maju jaya bersama.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber :


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Biarpun Ucapan Ringkas Dari Perdana Menteri, Ini ‘pujian’ Bossku kepada Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*