Pasangan suami isteri tak pernah berenggang, dijemput Ilahi selang sejam akibat Cov1d-19

Tumpat: Belum kering air mata meratap pem3rgian ibu yang dijemput Ilahi akibat cov1d-19, satu jam setengah selepas itu, si bapa pula menyusul, hari ini.

Suami isteri itu, Minah Ma’min, 69, dan Mahamood @ Omar Muhammad, 71, men1ngg4l dunia pada 1.40 dan 3 pagi akibat dijangkiti v1rus cov1d-19.

Anak mereka, Zuraida Mahamood, 32, berkata pem3rgian kedua ibu bapanya itu diibaratkan seperti sehidup sem4ti kerana ketika hayat, suami isteri itu tidak pernah berenggang walau ke mana sahaja.

“Emak dimasukkan ke Hospital Tumpat dua minggu lalu selepas kerap dem4m dan ketika itu saya hanya memberikannya ubat dibeli daripada farmasi sebelum mendapati keadaan dem4mnya tidak kebah.

“Dua hari selepas itu emak dibawa ke klinik dan disahkan positif cov1d-19 manakala ayah di rumah pula turut menunjukkan gejala sama sebelum dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu,” katanya ketika dihubungi.

Zuraida berkata, sepanjang diraw4t di dua hospital berasingan itu, dia dan lima adik beradiknya tidak pernah berpeluang berbual menerusi panggilan telefon bersama ibu dan bapanya itu kerana panggilan tidak diangkat dan ada kalanya suami isteri itu dilaporkan sangat penat.

Katanya, segala perkembangan ibu bapanya diketahui melalui petugas hospital yang turut meng1rimkan foto.

“Dua hari selepas dimasukkan ke hospital, jururawat ada meng1rimkan gambar emak tanpa memakai alat bantuan pernafasan dan kami menyangkakan keadaannya semakin pulih dan menimbulkan kelegaan.

“Bagaimanapun, kami kemudiannya difahamkan ketika itu emak membuang seketika alat terbabit, mungkin disebabkan tidak selesa atau ingin makan kerana emak ada memberitahu teringin makan buah limau dan air laici,” katanya yang sedang menjalani kuar4ntin di rumah.

Zuraida berkata, walaupun mereka enam beradik reda dengan pem3rgian itu, tapi jauh di sudut hati berasa sangat ralat kerana tidak dapat melihat kali terakhir wajah ibu bapa terutama tiga beradiknya yang menetap di luar Kelantan dan sudah lama tidak pulang ke kampung.

Katanya, dia tidak dapat membayangkan kep1luan tiga adik beradik yang menetap di luar Kelantan kerana bukan sahaja sudah lama tidak berjumpa emak dan ayah, malah menerima berita pem3rgian mereka buat selama-lamanya.

Suami isteri yang menetap di Kampung Tanjong Che Mas itu dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam kvbur Dato dan liang lah4d mereka terletak bersebelahan.

Allahyarham Minah dikebvmikan pada 10 pagi manakala suaminya pada 3.30 petang dan proses pengebvmian dijalankan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbah4ya (HAZMAT), kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat dan beberapa waris mangsa lengkap memakai sut perlindungan d1ri (PPE).

Proses pengebvmian diselia Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba Raja Arisansahseni Raja Semail itu memakan masa 10 minit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : wowberita


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Pasangan suami isteri tak pernah berenggang, dijemput Ilahi selang sejam akibat Cov1d-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*