Selesai menggadap Agong, Muhyiddin kembali ke rumah. Sekali KJ umum perkara ini

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masuk ke pejabatnya pagi ini dengan ada yang menganggap ia sebagai tindakan terakhirnya sebelum meletakkan jawatan hari ini

Dia sedang mempengerusikan mesyuarat kabinet khas di pejabatnya di Putrajaya dan dijadualkan akan ke Istana Negara untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Peletakan jawatannya dijangka berlaku tidak lama kemudian. Ikuti Malaysiakini untuk kemas kini secara langsung.

1.20 tengah hari: Anggota kabinet telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perkara itu diumumkan menteri Umno Khairy Jamaluddin di media sosial sebentar tadi.

“Terima kasih atas peluang untuk, sekali lagi, berkhidmat untuk negara.

Semoga Allah merahm4t1 Malaysia,” tulis Khairy.

Bagaimanapun, setakat ini, masih belum ada sebarang makluman daripada Istana Negara atau ketua setiausaha kerajaan.

‘Mesyuarat terakhir selesai, sekarang tawakallah’

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali berkata “mesyuarat kabinet terakhir” kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah selesai dan kini apa yang boleh dilakukan adalah bertawakal.

“Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini. YAB perdana menteri akan bergerak untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat,” katanyanya sambil mememetik ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam berserah diri kepada Allah setelah membuat keputusan.

Sebentar tadi Muhyiddin dilaporkan tiba di Istana Negara, difahamkan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat khas kabinet kira-kira tiga jam.

Spekulasi bertiup kencang bahawa dia akan meletakkan jawatan hari ini setelah gagal mendapatkan sokongan pembangkang untuk berdepan undi tidak percaya di parlimen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://trendingsangat.pw/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selesai menggadap Agong, Muhyiddin kembali ke rumah. Sekali KJ umum perkara ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*