6 Tahun Pem3rgi4n, Ibu Jamaluddin Jarjis Mohon Faraid Pen1ngg4lan RM2 Bilion

Mahk4mah Tinggi di Kuala Lumpur semalam membenarkan permohonan ibu allahy4rham Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis untuk memasukkan tiga juta unit saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd dalam senarai harta pusaka pen1ngg4lan anaknya.

Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membuat keputusan itu selepas membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah, 87, dan mengarahkan kedua-dua defendan yang juga cucu wanita itu, Nur Anis Jamaludin, 36, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 34, membayar kos sebanyak RM80,000 kepada nenek mereka.

Bagaimanapun, Mohd Firuz menolak permohonan Aminah untuk mengisytiharkan bahawa enam juta unit saham dalam syarikat Alpine Motion Sdn Bhd dan dua unit saham dalam syarikat Ivory Insight Sdn Bhd adalah sebahagian daripada harta pusaka pen1ngg4lan allahy4rham.

Permohonan itu adalah berkaitan dengan sam4n yang difailkan Aminah terhadap kedua-dua cucunya atas kegag4lan mereka memasukkan saham tiga syarikat terbabit, bernilai RM1.3 bilion, dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.

Dalam penghakiman setebal 26 muka surat, Mohd Firuz berkata berdasarkan keterangan yang diberikan oleh saksi defendan, mahk4mah sedia menerima hakikat bahawa saham dalam syarikat Alpine dan Ivory telah dibeli untuk manfaat mereka.

Beliau berkata dari 2011 hingga 2012, kedua-dua defendan sememangnya terlibat dalam operasi dan pengurusan dua daripada syarikat terbabit di bawah bimbingan bapa mereka dan situasi ini tidak sama dengan saham dalam Rantai Wawasan yang merupakan pembabitan pertama mereka dalam perniagaan itu secara rasmi selepas Jamaludin men1ngg4l dunia.

Katanya mahk4mah berpuas hati bahawa Aminah telah berjaya membuktikan tuntutannya berhubung saham dalam Rantai Wawasan.

Aminah diwakili peguam Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala peguam S Suhendran dan Frank Wong mewakili Nur Anis dan Ikhwan.

Dalam sam4n yang difailkan pada 3 Jan 2019, Aminah mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka pen1ngg4lan Jamaludin, telah gagal memasukkan saham ketiga-tiga syarikat sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas allahy4rham men1ngg4l dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.

Aminah

Penyataan tuntutan Aminah mendakwa bahawa kedua-dua defendan berbuat demikian dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.

Aminah mendakwa kedua-dua cucunya juga gagal menyatakan anggaran nilai saham terbabit yang berjumlah RM1,384,312,154 selepas dua setengah tahun Jamaludin men1ngg4l dunia.

Jamaludin, yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin, terk0rb4n dalam nah4s helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015 tanpa men1ngg4lkan wasiat.

Aminah juga mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz gagal memasukkan sebuah pangsapuri bernilai RM10 juta di Amerika Syarikat dalam senarai aset Jamaludin selain tidak memaklumkan beliau bahawa Mahk4mah Tinggi Syariah telah mengeluarkan sijil faraid kepadanya berhubung harta pusaka allahy4rham pada 6 Okt 2016.

Justeru, beliau memohon mahk4mah mengeluarkan perintah agar namanya dimasukkan sebagai pentadbir bersama harta pusaka pen1ngg4lan Jamaludin kerana beliau adalah ibu allahy4rham dan agar kedua-dua defendan membayar dividen, bonus serta keuntungan daripada saham dalam ketiga-tiga syarikat.

Sementara itu, kedua-dua defendan menerusi pernyataan pembelaan yang difailkan pada 2019 mendakwa mereka adalah pemilik sah saham di ketiga-tiga syarikat bersama adik-beradik mereka yang lain.

Menurut defendan, ia adalah niat bapa mereka bahawa anak-anaknya akan mengambil alih, menjalankan dan menguruskan perniagaan-perniagaannya dan niat itu disampaikan semasa beliau masih hidup.

Lebih 2 bilion bagi waris berhak

Harta arw4h Jamaluddin berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM2 bilion dan prosiding dijalankan di Mahk4mah Tinggi Syariah Kuala Lumpur. Aminah yang berusia 84 tahun diwakili peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman memfailkan permohonan itu pada 2 Mac lalu.

Ketika ditemui media selepas prosiding pengurusan k3s, Kamar Ainiah berkata permohonan itu difailkan bagi menentukan bahagian kepada waris yang berhak dalam harta pusaka milik Jamaludin.

Di bawah undang-undang Islam, ibu yang masih hidup berhak mendapat satu perenam peninggalan harta pusaka, sementara b4lu yang masih hidup mendapat satu perlapan daripada bahagian itu dan anak-anak menerima jumlah baki harta pusaka berkenaan.

20 hartanah di Malaysia, AS dan Mekah masuk senarai

Kamar Ainiah berkata, antara harta yang perlu dimasukkan di dalam senarai untuk difaraid adalah lebih 20 hartanah di Malaysia, Amerika Syarikat dan Makkah serta syarikat milik Jamaluddin.

Balu allahy4rham sudah memohon untuk menjadi pencelah dan bagi pihak ibu selaku pemohon, dia tidak mempunyai bantahan sekiranya waris lain ingin menjadi pencelah. Aminah yang berkerusi roda hadir ke mahk4mah ditemani anaknya yang juga adik lelaki Jamaludin iaitu Mohamad Najeb Ali.

Jamaludin terk0rb4n akibat nah4s helikopter AS365N2 Dauphin yang terh3mp4s dan terb4kar di ketika dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Subang setelah pulang dari kenduri anak Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang.

– Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba Press

Sumber : http://limauasamboi.pw/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "6 Tahun Pem3rgi4n, Ibu Jamaluddin Jarjis Mohon Faraid Pen1ngg4lan RM2 Bilion"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*