Fazura Seb4k 80,000 Tudung Bernilai RM2.16 Juta S0ld Out Dalam 2 Jam

PETALING JAYA – “Terima kasih sebab anda semua sudah pun membantu 4,000 peniaga kecil yang hil4ng mata pencarian.”

Demikian ucapan terima kasih dengan nada seb4k dan air mata berguguran selebriti popular, Fazura kepada orang ramai apabila tudung keluarannya, Tudung Fazura berjaya terjual 80,000 helai dalam tempoh dua jam.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram, isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu tidak dapat menahan em0si apabila ramai rakyat Malaysia memberikan sokongan terhadap tudung keluarannya sekali gus membantu mereka yang terkesan akibat pandem1k C0vid-19.

“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hil4ng mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,” ujar Fazura yang baru bergelar usahawan tudung sejak Julai tahun ini.

Jumlah jualan bagi 80,000 helai tudung itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta.

VIDEO:

Perkara itu didedahkan beberapa netizen melalui ciapan mereka dalam akaun Twitter.

“Dalam 2 jam 80,000 helai dah ‘sold out’, semoga dimurahkan rezeki selalu Fazura and selalu kongsi rezeki dengan semua orang,” ciap seorang netizen.

“Dalam tempoh 2 jam, dah dapat jualan RM2.16 juta. Formulanya mudah, jual murah, orang ramai dapat beli, niaga sekejap tapi dah untung,” tvlis seorang lagi netizen lagi.

Sebelum ini, ibu kepada Nur Fatima Aisya menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 dengan niat untuk membantu golongan yang terkesan akibat cov1d-19.

Ciapan daripada beberapa netizen berhubung jualan Tudung Fazura.

Dedah pemilik nama sebenar, Nur Fazura Sharifuddinnya, angka 27 itu mempunyai nilai sentimental buat d1rinya iaitu tarikh ulang tahun kelahirannya serta tarikh Fattah melamarnya.

Sumber: Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber : www.klmenjeritvideo.dnq.news


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Fazura Seb4k 80,000 Tudung Bernilai RM2.16 Juta S0ld Out Dalam 2 Jam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*