13 hari bert4rung nyawa, Norieszah pergi jua…

Klang: Selepas 13 hari bert4rung nyawa, pes4kit Cov1d-19, Norieszah Ishak akhirnya men1ngg4l dunia, Ahad lalu, tanpa sempat menatap wajah anak keempatnya yang selamat dilahirkan pada 21 Julai lalu.

Norieszah, 31, menghembvskan nafas ter4khirnya pada jam 2 pagi di w4d Unit Raw4tan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini.

Jen4zahnya disemadikan di Tanah Perkubvran Islam Sungai Sirih, di sini, kira-kira jam 7 malam, Isnin lalu.

Suaminya, Muhamat Azuwan Jemain, 36, berkata, pem3rgian Norieszah meninggalkan kesan mendalam buat dirinya apabila tidak dapat menatap dan menguruskan jen4zah isterinya itu buat kali terakhir.

“Sehingga kini saya masih sukar untuk menerima hakikat isteri sudah tiada namun cuba reda dengan ketentuan Allah kerana siapa kita untuk melawan takdir.

“Tambah menyed1hkan apabila hanya dapat melihat jen4zahnya dikebvmikan dari luar pagar tanah perkubvran kerana tidak dibenarkan turut serta walaupun saya ada kelengkapan pakaian perlindungan diri (PPE).

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana urusan arw4h isteri berjalan lancar dan tidak mengambil masa lama kerana sehari selepas kem4tiannya kira-kira jam 4 petang, saya dipanggil membuat pengec4man may4t sebelum jen4zah dibawa keluar dari hospital ke tanah perkubvran,” katanya ketika dihubungi.

Bercerita lanjut, Muhamat Azuwan berkata, isterinya sedang sar4t h4mil dan hanya menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata keempat mereka.

Dia yang juga pengusaha bengkel berkata, isterinya dalam keadaan baik sepanjang tempoh keh4milan tetapi dengan tiba-tiba mengadu tidak sihat dan dem4m pada 19 Julai lalu.

“Mulanya saya bawa isteri ke klinik swasta tetapi doktor merujuknya ke HTAR untuk raw4tan lanjut.

“Keesokan harinya, kami ke klinik raw4tan ibu dan anak HTAR tetapi diminta pulang dahulu kerana katil penuh, jadi saya belikan isteri ubat di farmasi.

“Pada jam 4 pagi, 21 Julai lalu, isteri mengadu s4kit perut sebelum tumpah d4rah, jadi saya bergegas membawanya ke hospital dan dia selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Zayyan pada jam 6 pagi secara pembed4han,” katanya.

Menurutnya, doktor ada beritahu keadaan isterinya yang kemungkinan positif Cov1d-19 tetapi hanya mengesahkannya lima hari kemudian pada 26 Julai lalu selepas diminta memberi penjelasan lanjut berhubung status sebenar.

Katanya, Muhammad Zayyan yang sebelum itu ditahan di w4d kerana menunggu keputusan ujian saringan Cov1d-19 sudah dibawa pulang pada 28 Julai lalu.

“Arwah masih sedar dan kami ada berhubung termasuk menerusi panggilan video namun pada 30 Julai lalu, doktor beritahu saya ada j4ngkit4n pada paru-paru isteri dan paras oksigennya menurun, jadi perlu jalankan prosedur intubasi untuk tidurkannya.

“Selepas dua hari, arw4h kembali sedar dan sempat menghubungi saya memaklumkan mahu pulang ke rumah selepas stabil tetapi dia ditidurkan semula sebelum sedar tiga hari kemudian pada 5 Ogos lalu.

“Itu kali terakhir kami berhubung menerusi panggilan video dan dia ada beritahu tidak tahan kerana s4kit, jadi saya minta arw4h berehat.

“Pada 7 Ogos lalu, doktor hubungi saya maklumkan keadaan isteri sudah naz4k kerana paru-paru dan buah pinggangnya semakin tervk serta mereka buat panggilan video bagi membolehkan saya bersama keluarga membacakan Yasin untuk arw4h sebelum dia menghembvskan nafas ter4khir pagi esoknya,” katanya.

Muhamat Azuwan berkata, anak sulungnya, Ahmad Nabil, 14, yang bersekolah di pusat tahfiz faham ibunya sudah tiada.

Bagaimanapun, katanya, cabarannya adalah untuk menjelaskan perkara sebenar kepada dua lagi anaknya, Farah Aqila, 6, dan Muhamad Rayyan, 2.

“Anak terutama anak kedua dan ketiga memang ada bertanya berikutan sudah lama tidak nampak kelibat ibu mereka di rumah dan saya cuba jelaskan tetapi mereka tidak faham kerana masih kecil.

“Apa pun saya cuba jalankan amanah dan tunaikan permintaan ter4khir arw4h sebelum ditidurkan kali kedua untuk menjaga anak dengan baik.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah,” katanya.

 

Sumber : Hmetro

 


Apa kata anda?

Be the first to comment on "13 hari bert4rung nyawa, Norieszah pergi jua…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*