“Siapa Pergi V4skin I Kasi Mini Heart” – Jadi Sukarelawan PPV, Ramai Respect Usaha Daiyan Trisha!

Penyanyi dan juga pelakon, Daiyan Trisha sekali lagi berkongsi pengalaman ketika bertugas sebagai sukarelawan di PPV.

Menurut Daiyan, semalam dia bertugas di PPV Bangi dan telah seharian berada di sana.

“Memandangkan hari ini saya full day, saya ada lakukan beberapa rotation untuk fahamkan tugas stesen lain.

“Jadi i boleh buat kerja lain di check point berbeza. Best, dapat bersama-sama dengan frontliner,” katanya.

Tambahnya, menerusi tugas tersebut, dia kini faham kepenatan sebenar dialami petugas barisan hadapan.

“Rasa la sikit penat diorang macam mana walaupun baru beberapa hari. Terima kasih tak terhingga.

“Next week kita jumpa lagi. kat mana & hari apa, itu rahsia,” kata bintang Projek: Anchor SPM ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Terdahulu, Daiyan berkongsi rasa teruja selepas mendapat peluang bergelar sukarelawan di Pusat Pemberian V4ksin (PPV).

Daiyan berkata dia telah menunggu untuk menjadi sukarelawan sejak Mei lalu dan bersemangat untuk menjalankan tugas baru pada setiap hujung minggu di PPV Bangi.

“Memulakan rutin mingguan sebagai sukarelawan di PPV. Saya menunggu sejak Mei untuk menjadi sukarelawan.

BACA : “Akhirnya Saya Bergelar Sukarelawan di PPV!” – Daiyan Trisha Gembira

 

Sumber : https://gempak.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Siapa Pergi V4skin I Kasi Mini Heart” – Jadi Sukarelawan PPV, Ramai Respect Usaha Daiyan Trisha!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*