Selepas Umum PKPD Di Lembah Klang, Ismail Sabri Tampil Luah Perkara Ini Di Facebook

PETALING JAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) mem.utuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa l.okaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai nanti.

Menteri Kanan (kes.elamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend ja.ngkitan yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata k.es harian C0vid-19 antara 1,800 ke 1,900.

“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 k.es. Kesemua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden k.ss C0vid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.

“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, s.ituasi tersebut adalah membi.mbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih g.anas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India).

Antara mukim yang terlibat adalah di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gomabak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kawsan yang terlibat termasuk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju.

Ismail Luah Rasa

Selepas beliau umumkan akan melaksanakan PKPD di beberapa kawasan Selangor dan Kuala Lumpur beliau telah memuat naik status di Facebook

Menurut kenyataan Ismail Sabri, PKPD ini terpaksa dilaksanakan demi keselamatan rakyat. Buat ketika ini nyaw4 rakyat paling diberi keutamaan berbanding dengan Ekonomi

Beliau turut memberitahu bahawa kilang kilang semua diarahkan tutup ketika waktu PKPD

“Sejauh mana pandangan, yang dekat di hati tetap lah semua rakyat Malaysia.
Sepenting mana ekonomi negara, nyawa dan keselamatan rakyat harus diutamakan.

Kerana itu hari ini saya umumkan PKPD di sebahagian mukim-mukim Selangor dan beberapa lokaliti di WPKL. Dengan PKPD tersebut aktiviti ekonomi tidak dibenarkan termasuk penutupan kilang-kilang.

Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita dapat menurunkan kadar j4ngkitan ini dengan segera demi rakyat dan negara kita yang tercinta” – Ismail Sabri

Berikut reaksi dari netizan

“Rakyat terpaksa berk0rban, kurung di rumah supaya kilang2 boleh terus beroperasi dan menyumbang kpd kes harian yg dijadikan alasan utk rakyat terus berkurung.
Jelas sekali kumpulan mana yg menyumbang kpd kes tapi peliknya kumpulan inilah yg dibenarkan beroperasi.”

“Dato Seri, punca utama kes banyak ialah kilang2 di selangor, tutup selama 14 hari semua kilang, memang akan kesan yg teruk dan merugikan sebab setiap masa 1 jam di kilang ada harga nya, semua itu duit tapi kita terpaksa korbankan utk tutup kilang supaya boleh sekat penularan jangkitan, supaya semua sektor boleh kembali bekerja seperti biasa selepas 14 hari, jadi kerajaan tak perlu spend byk duit utk bantuan kpd rakyat, rakyat boleh bekerja seperti biasa.”

“Tutup SEMUA kilang dato’. Tolong jangan buang masa dato’. Belajar dari negara² lain dato, camna depa buat bagi negara depa bersih covid.. nyawa paling penting sekarang ni dato’. Asek ekonomi ekonomi ekonomi ja.. alang² susah, biaq kita semua sama2 susah..”

“PKPD ke apa ke semua keputusan memangsakn rakyat demi utk melebihkn tokey2 besar. Padahal kamu tahu penyumbang punca mslh jangkitan dari mana. Suka koranglh selagi berkuasa kt dunia ni. Terusknlh menjaga kepentingan diri klu rasa mlm dpt tidur lena”

Tidak Dibenarkan Keluar

Kerajaan tidak membenarkan pergerakan di luar kawasan kediaman selepas jam 8 malam membabitkan kawasan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kecuali bagi k.es kec.emasan atau mendapat kebenaran polis.

Menteri Kanan (Kes.elamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pekerja selain perkhidmatan perlu juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPD.

“Majikan dikehendaki mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja hanya bekerja dari rumah.

“Pekerja daripada perkhidmatan perlu dan kilang serta premis perniagaan yang dibenarkan saja boleh menggunakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Insdustri (MITI) yang sudah dikeluarkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kredit : Utusan/MKN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Selepas Umum PKPD Di Lembah Klang, Ismail Sabri Tampil Luah Perkara Ini Di Facebook"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*