Penyebar f1tnah dikenal pasti, peguam d4kwa ada rancangan jatuhk4n Carl Samsudin!

SEJAK Rabu, media sosial hangat memperkatakan mengenai kes membabitkan usahawan yang juga influencer media sosial, Carl Samsudin, susulan tersebarnya video yang memaparkan d1rinya meninggikan suara kepada seorang warga emas di Pusat Transit Gel4ndangan Kuala Lumpur.

Boleh dikatakan laman komen dibanj1ri dengan kecaman terhadap pengasas dan pemilik butik Bella Ammara itu.

Ketika ramai yang ‘panas hati’ dengan usahawan tersebut, peguam yang mewakilinya, Emma Sakira, tampil menjawab isu yang melingkari anak guamnya itu.

Menurut Emma, klip video yang tular di media sosial hanya diambil sebahagian sahaja oleh pihak tertentu bertujuan untuk menj4tuhkan anak guamnya.

“Pihak tersebut pergi rekod video ini, dan ambil klip pada ketika dia (Carl) tengah beri ceramah motivasi ketika dia bersemangat. Dia bukan herdik tetapi memberi semangat.

“Permainan orang itu nak j4tuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang t3ruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak ber4dab, kurang aj4r, herd1k orang tua… walhal itu tak benar.

“Orang ramai pula interprete seperti itu sebab ‘orang itu’ yang sampaikan cara sebegitu,” ujarnya kepada mStar.

Menjelaskan lebih lanjut, Emma berkata anak guamnya memenuhi jemputan untuk menyampaikan ceramah motivasi bertajuk ‘Ubah Hidup’ kepada 20 orang gelandangan di pusat transit tersebut pada Selasa lalu.

carl kompaun

Imej tangkapan skrin (screenshot) daripada video yang mencetuskan kontroversi melibatkan Carl.

“Apabila anda beri ceramah motivasi kepada awam, pelajar sekolah rendah, pelajar sekolah menengah, ia berbeza mengikut audience.

“Yang Carl beri ceramah di pusat gelandangan ini sebenarnya fokus utama untuk ubah nasib hidup mereka. Mereka ini adalah 20 orang daripada beratus gel4ndangan yang ditapis khas untuk program ini sebab mereka memang nak ubah nasib hidup.

“Bila beri ceramah motivasi, memang la semangat kita membuak. Dalam video itu, Carl sedang memberi semangat kepada pakcik tersebut. Pakcik itu hadir ke depan sebagai fasilitati secara sukarela, bukan dipaksa. Dia send1ri datang ke depan untuk kongsi pengalaman dan kisahnya.

“Bukan dia herd1k… itu tak benar. Itu yang ‘pihak tersebut’ buat, tujuannya untuk menj4tuhkan Carl… sampai tular video ini satu Malaysia,” ujarnya.

Permainan orang itu nak j4tuhkan Carl konon-konon dia seorang usahawan yang t4ruk, untuk beritahu orang bahawa Carl tak ber4dab, kurang aj4r, herd1k orang tua… walhal itu tak benar.

EMMA SAKIRA

PEGUAM

Justeru, Emma berkata anak guamnya akan membuat laporan pol1s pada Khamis kerana penyebaran video berkenaan jelas mempunyai unsur f1tn4h.

Tambahnya, pihak yang terlibat dalam penyebaran f1tn4h ini sudah dikenal pasti dan akan dinamakan di dalam laporan pol1s yang bakal dibuat.

Laporan tersebut juga menurut Emma adalah bagi membersihkan nama Carl susulan penyebaran f1tn4h tersebut yang memberi kesan terhadap reputasi serta perniagaan anak guamnya.

Sementara itu mengulas mengenai kompaun yang dikenakan terhadap anak guamnya susulan tidak memakai pelitup muka ketika memberikan ceramah, Emma berkata bayaran turut akan dijelaskan pada Khamis.

carl baru 1

Carl akan membuat laporan pol1s susulan penyebaran video berkenaan, pada Khamis.

“Itu kesal4hannya dan dia mengaku tak ikut SOP. Dan dia akur dengan undang-undang. Pol1s memberi tempoh tujuh hari dan dia akan menjelaskan pada Khamis,” katanya lagi.

Terdahulu menerusi video pendek berdurasi 49 saat itu, Carl dilihat meninggikan suara terhadap seorang gel4ndangan warga emas ketika menyampaikan ceramah.

Video berkenaan dikatakan dimuat naik send1ri oleh usahawan tersebut di Insta Story akaun peribadi miliknya sebelum dipadam, namun sempat disimpan oleh netizen.

Susulan penularan video tersebut, Carl bukan sahaja menerima kec4man hebat netizen, malah beberapa selebriti tempatan juga terbuka menegur sikapnya yang disifatkan sangat biad4b

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Sumber: Mstar


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Penyebar f1tnah dikenal pasti, peguam d4kwa ada rancangan jatuhk4n Carl Samsudin!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*