Penampilan Khas Dalam Filem Chomel Bukan Calang-Calang! Ada Aziz M Osman, Adibar Noor &…

Filem Chomel yang ditayangkan minggu lalu bukan saja menampilkan pelakon hebat untuk watak utama semata-mata, malah ia telah dimeriahkan dengan beberapa penampilan khas.

Antara yang menarik perhatian sudah tentunya penampilan istimewa, Aziz M. Osman dan Adibah Noor.

Biarpun gandingan duo ini hanya sekejap, namun ia telah meninggalkan impak yang cukup besar.

Siapa sangka kita akan melihat Aziz M. Osman menjadi peguam bela manakala Adibah Noor sebagai hakim.

Selain itu, kemunculan pelawak, Douglas Lim dan Gavin Yap juga membuatkan ramai tidak kering gusi.

Gaya lakonan bersahaja dengan karakter melucukan telah membuat filem ini sangat padat dengan elemen komedi.

Rugi rasanya tak tonton filem ini!

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

 

Sumber : https://gempak.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Penampilan Khas Dalam Filem Chomel Bukan Calang-Calang! Ada Aziz M Osman, Adibar Noor &…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*