Lelaki Cari Rezeki Jual Bola Golf Terpakai, Dr Zulkifli Borong 10 Bungkus Walau Tak Pandai Main

Tidak dinafikan ramai yang terjejas pendapatan susulan pand3mik melanda. Lebih sukar, ada yang hilang pekerjaan sehingga terpaksa berniaga kecil-kecilan untuk mencari pendapatan bagi meneruskan kehidupan.

Baru-baru ini tular kisah mengenai sepasang suami isteri menjual bola golf terpakai di tepi jalan untuk menyara kehidupan.

Kisah pasangan tersebut mendapat perhatian Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turun padang menemui mereka.

Semalam dalam perjalanan pulang daripada agihan bantuan di sekitar Melaka bersama @rasmi_YWM , saya dimaklumkan tular di media sosial gambar seorang lelaki yang menjual bola golf terpakai berdekatan Tiara Melaka Golf & Country Club. pic.twitter.com/mWr8q64j19

— 🇲🇾 Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) July 19, 2021

Difahamkan lelaki bernama En. Jaafar itu menjual bola golf terpakai berdekatan Tiara Melaka Gold & Country Club demi menyara isterinya yang kelainan upaya (OKU).

Meskipun aktiviti golf tidak dibenarkan, pasangan itu tetap gigih mengutip send1ri bola golf di tasik berdekatan untuk dijual.

Menurut Dr Zulkifli, jika ada bola jatuh ke tasik berdekatan En Jaafar akan mendapatkan bantuan pihak lain untuk menyelam dan mendapatkan bola berkenaan.

Kata Dr Zulkifli lagi, beliau tidak pandai main gold namun tetap membeli 10 bungkus bola golf sebagai tanda sokongan. Harga untuk 10 biji bola golf dijual dengan harga RM20.

 

SUMBER: Twitter Via https://www.facebook.com/269301935826/posts/10159763140720827/.

SUMBER:http://trendingkini.pw/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lelaki Cari Rezeki Jual Bola Golf Terpakai, Dr Zulkifli Borong 10 Bungkus Walau Tak Pandai Main"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*