Kelonggaran individu lengkap 2 dos v4ksin bolehkan pasangan, keluarga jarak jauh disatukan semula – TPM

MENGAMBIL berat keluhan rakyat, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan akan mempertimbangkan kelonggaran kepada mereka yang sudah melengkapkan dua dos v4ksin c0v1d-19.

Ujarnya, antara keluhan yang sering disuar4kan ramai adalah pasangan jar4k jauh atau ibubapa yang terpisah daripada anak-anak kerana larangan merentas negeri.

“Sebagai seorang bapa, saya sedar betapa pentingnya institusi kekeluargaan itu kepada manusia.

“Walaupun atas faktor keselamatan, ibu atau bapa tidak sepatutnya terpaksa berpisah dengan anak-anak dalam tempoh yang terlalu lama. Lebih-lebih lagi jika ibubapa berkenaan sudah pun menerima dua dos v4ksin,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, beliau send1ri sering membawa isu itu ke dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk meneliti perkara tersebut.

“Saya sering membawa isu ini dalam mesyuarat MKN, supaya kelonggaran bertemu keluarga dapat dipertimbangkan bagi mereka yang sudah lengkap menerima dua dos v4ksin.

“Insya-Allah, kerajaan sedang memperhalusi cadangan ini bagi membolehkan pasangan dan keluarga jar4k jauh disatukan semula,” katanya lagi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu lalu berkata, kelonggaran kepada individu lengkap dos v4ksin c0v1d-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara pada minggu depan.

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kelonggaran individu lengkap 2 dos v4ksin bolehkan pasangan, keluarga jarak jauh disatukan semula – TPM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*