Penyanyi muda yang cukup popular dengan lagu berjudul Teman, Iman Troye ini nampaknya bakal mengeluarkan lagu terbaharu. Seperti kebiasaannya, sebelum lagu barunya diterbitkan pasti pelbagai teaser akan dikeluarkan dahulu.
Salah satunya adalah versi tarian yang melengkapkan lagu baharunya itu. Sama seperti lagu barunya ini, Iman Troye telah mula mempromosikannya dengan membuat cabaran tarian lagu tersebut. Perkongsian cabaran tarian lagunya ini dimulakan dengan berkongsikan step menari di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsiannya itu, lagu tersebut diberi judul Nang. Dari situ sudah diperdengarkan serba sedikit lagu baharu Iman Troye ini yang juga single ketiga darinya.
Bagaimanapun, baru-baru ini Iman Troye belanja teaser lagu baru menerusi rakaman pendek dari siaran langsung di media sosial miliknya itu. Berikut adalah rakaman nyanyian Iman Troye kepada peminatnya:
View this post on Instagram
Wow, boleh tahan rentak dan melodi lagu Nang dari Iman Troye ini. Agak-agak lagu ini boleh viral tak sama seperti dua lagunya sebelum ini? Apa-apa pun perkongsian rakaman Iman Troye belanja teaser lagu baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah reaksi pengikutnya di laman Instagram tersebut yang ditinggalkan di ruangan komen mengenai lagu terbaharunya ini:
“Wow sedapnyaaa”
“Bila nak launch lagu ni?? Tak sabar nak dengar”
“Suka pulak dengan ‘nang2’ hahaha nice2”
Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Iman Troye Belanja Teaser Lagu Baru, “Tak Sabar Nak Dengar”"