“Aku Minta Allah Pelihara Aib Ini” – Sharnaaz Ahmad Henti Ulas Isu Ustaz Ebit Lew & Caprice

Pelakon Sharnaaz Ahmad, 35, menyatakan dia tidak berpihak pada mana-mana pihak dalam kemelut panas yang membabitkan pendakwah Ustaz Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice.

Tegas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata dia hanya ingin menjaga aib sebelum situasi menjadi semakin keruh.

“Sahabat ku sekalian, aku tak berpihak pada sesiapa. Ebit pun tak, Caprice pun tak.. Ada aib yang kita perlu jaga sebelum nama dan agama kita sayangi ini terjejas.

“Maafkan aku kalau aku buat pandai. Tapi kebenaran ini berat untuk semua rakyat terima, untuk Malaysia dan umat Islam,” tulisnya menerusi ciapan di Twitter pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon filem Jebat ini memberitahu dia tidak akan lagi mengulas mengenai kontroversi tersebut.

Katanya, dia menyerahkan pada Ustaz Ebit Lew dan Caprice untuk berbincang mencari jalan penyelesaian.

“Kata aku tak tau cerita pandai pandai hentam? Sahabat.. aku tau, dan lebih pada tau.

“Cuma aku minta Allah pelihara aib ini, demi agama dan Malaysia. Aku stop cakap pasal benda ni..

“Bincanglah elok elok .. Dua-dua ikon.. act like one,” tulisnya lagi.

Sebelum ini nama Caprice menjadi kontroversi selepas memuat naik beberapa hantaran di IG, meluahkan rasa tidak puas hati apabila tidak dibenarkan masuk ke Gaza.

Isu menjadi semakin panas apabila nama Ustaz Ebit Lew turut disebut dan warganet mengecam tindakan tersebut sehingga mendakwa Caprice dengki dengan penceramah bebas tersebut.

Bagaimanapun, selang beberapa hari, Caprice tampil memohon maaf kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Ustaz Ebit Lew.

Caprice juga memilih untuk tidak bersama-sama yang lain pulang ke Malaysia kerana akan meneruskan perjuangan di Palestin secara bersendirian.

Manakala Ustaz Ebit Lew mengambil keputusan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur petang semalam selepas diasak dengan pelbagai kontroversi dan pendedahan.

Sumber: Gempak


Apa kata anda?

Be the first to comment on "“Aku Minta Allah Pelihara Aib Ini” – Sharnaaz Ahmad Henti Ulas Isu Ustaz Ebit Lew & Caprice"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*