K3s Telefon Bersubs1di Terb4kar, Xiaomi Gantikan Dengan Redmi Note 10 5G

K3s Telefon Bersvbsidi Terbak4r, Xiaomi Gantikan Dengan Redmi Note 10 5G.

Perkongsian tvlar mengenai telefon pintar jenama YES yang diperoleh menerusi Jaringan Prihatin terbakar ketika sesi PDPR baru-baru ini memberi sinar kepada mangsa apabila Xiaomi Malaysia menghadiahkan sebuah telefon baharu.

Xiaomi Malaysia memberikan penyelesaian sementara dengan menghadiahkan sebuah Redmi Note 10 5G kepada pelajar berkenaan yang terjejas untuk menjalani kelas dalam talian.

Difahamkan, Redmi Note 10 5G merupakan salah satu telefon pintar 5G terbaharu dibawah Xiaomi yang baru sahaja dilancarkan bulan lalu pada harga RM799.

Ia memiliki spesifikasi yang dikatakan jauh lebih baik seperti MediaTek Dimensity 700 5G dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Mengenai bateri pula, sebanyak 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Untuk gambar pula, ia dilengkapi dengan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, 2MP depth dan 2MP macro. Manakala kamera hadapan dilengkapi dengan 8MP selfie shooter.

Wanita yang merupakan ibu saudara kepada pelajar berkenaan yang berkongsi mengenai insiden itu di laman sosial berterima kasih kepada pihak Xiaomi Malaysia kerana menawar untuk menggantikan telefon pintar baharu.

Ujarnya, tujuan berkongsi di media sosial bukanlah untuk meraih simpati orang ramai tetapi untuk menyatakan pengalamannya agar orang lain dapat berwaspada dengan perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.

Xiaomi Beri Telefon Redmi Note 10 5G Telefon Terbakar
Sumber: Facebook

Sementara itu, YTL Communications sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Model YES Altitude 3 dibangunkan bersama YES dan China Mobile. Lebih daripada 100,000 telefon model sama diedarkan kepada keluarga B40 di bawah inisiatif Learn-From-Home.

Mereka juga mendakwa belum pernah menerima sebarang laporan tentang isu keselamatan melibatkan peranti pintar sejak dimulakan program itu pada tahun lalu.

 

YTL juga menegaskan bahawa keselamatan produk dan pengguna mereka adalah sangat penting dan akan menyiasat perkara itu dengan menyeluruh.

Tak Sampai Sebulan Pakai Untuk PDPR, Telefon Pintar Subsidi Terbakar

Sumber: FB Suryani Abd Ghani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber:https://odisi.my//


Apa kata anda?

Be the first to comment on "K3s Telefon Bersubs1di Terb4kar, Xiaomi Gantikan Dengan Redmi Note 10 5G"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*