Kerajaan baru buat total lockdown 2 minggu Zul Ariffin terus berubah arah jadi artis kpop. Gambar terbaru Zul Ariffin tarik perhatian ramai.

Nampaknya tempoh dua minggu total lockdown yang diberikan oleh pihak kerajaan telah membuatkan pelakon Zul Ariffin beralih arah menjadi artis k-pop! Mana tidaknya, menerusi posting terbaharunya di laman Instagram menampakkan beliau telah mengubah warna rambutnya menjadi warna perang!

Perkara itu turut mengejutkan ramai peminatnya yang selama ini tidak pernah melihat beliau mengubah warna rambutnya. Rupa-rupanya, hikmah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) turut membuatkan beliau sedar bahawa beliau tidak memiliki bakat untuk bermain game.

Lebih menarik lagi, ramai yang tinggalkan komen menyuruh beliau membantu mereka memasak di dapur seolah-olah menggelar Zul sebagai suami mereka di rumah. Amboi, bukan main tinggi ya imaginasi fans Zul ni sampai berangan jadi suami pula.

Namun kemungkinan beliau mempunyai projek lakonan baharu yang memerlukan Zul mengubah warna rambutnya, atau boleh jadi beliau sudah bosan berambut hitam dan kini mahu beralih arah pada rambut karat pula!

Sudah lama hidup bersendirian. Terkini Zul Ariffin ded4hkan perkembangan hubungannya dengan seseorang ini yang sekian lama menjadi persoalan warganet dan ciri ciri wanita idamannya.

Kuala Lumpur: Pelakon Zul Ariffin mengakui dia memerlukan wanita yang cukup faham tentang sikapnya seorang sangat mengutamakan kerja serta tidak suka dikongkong dalam perhubungan. Zul, 34, ketika ditemui berkata sebagai pelakon adalah wajar dan penting baginya untuk lebih mengutamakan kerja kerana peluang tidak datang selalu dan bidang lakonan pula amat diminati.

“Saya sebenarnya bersyukur hingga kini belum berkahwin dan tiada masalah hidup bujang kerana fokus masih boleh ditumpukan sepenuhnya pada berkerja. Apatah lagi, saya sangat sukakan kerja. “Ditambah dengan situasi sekarang ini, apabila negara masih dilanda penularan wab4k C0vid-19 dan kita semua pernah melalui pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai Mac lalu.

“Walaupun saya okay saja duduk di rumah kerana tidak boleh keluar bekerja sepanjang PKP itu, namun apabila terlalu lama sebenarnya sangat menguji ketahanan diri. Tapi, syukur Alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik,” katanya. Menurut Zul, dia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa sepanjang PKP itu, turut terkejut apabila mendapati banyak paparan kisah rumah tangga berdepan masalah di sebalik pandemik berkenaan.

Apapun, Zul yang menetap bersama kakaknya di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), pada Julai lalu ada mengeluarkan kenyataan dia terpaksa menunda perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini. Malah, dalam kenyataannya itu Zul memberitahu ‘si dia’ berkenaan faham dan tiada halangan apabila keputusan menunda perkahwinan mereka harus dibuat.

Zul yang begitu berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu, sebelum ini hanya memberi gambaran wanita tebabit bukan selebriti dan tidak beragama Islam. Bagi perkembangan kerjaya lakonannya, Zul teruja dipilih sebagai salah seorang watak utama selain Zizan Razak dan Jack Lim dalam filem Juang terbitan bersama tiga produksi iaitu Suhan Movies & Trading, Tropical Films dan The Film Engine.

Filem yang mengangkat kisah benar ini membabitkan perjuangan berisan hadapan seperti pertugas kesihatan, polis, tentera, penghantar makanan dan kakitangan syarikat penerbangan sepanjang penularan C0vid-19. Bakal memulakan penggambaran tidak lama lagi, tanggungjawab pengarahan akan digalas enam sutradara berkaliber iaitu Eirma Fatima, Aziz M Osman, Matt Lai, Kabir Bhatia, Osman Ali dan Yusry Abdul Halim dengan membabitkan 100 pelakon dan 200 tenaga kerja produk.- HMETRO

Sumber: Instagram Zul Ariffin

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:https://greatdailynews.com/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kerajaan baru buat total lockdown 2 minggu Zul Ariffin terus berubah arah jadi artis kpop. Gambar terbaru Zul Ariffin tarik perhatian ramai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*