Kahwin Jutaw4n Muda Indonesia, Anak KRISDAYANTI T4mpil Berhijab Lepas Bergelar Isteri!

Gerak-geri dan penampilan Aurelie Hermansyah sememangnya menjadi tumpuan media di Indonesia. Bukan hanya kerana statusnya sebagai anak perempuan kepada penyanyi popular, Krisdayanti dan bekas suami, Anang Hermansyah malah kelibat Aurel kian mencVri perhatian umum semenjak perkahwinannya bersama jutawan muda yang juga Youtuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar.

Selamat bergelar isteri kepada lelaki pujaan pada tanggal 3 April 2021, apa sahaja yang dilakukan Aurel dan Atta pasti menjadi bualan hangat di sana. Dari majlis pertunangan mereka yang gilang-gemilang sehinggalah majlis pernikahan serba mewah di hotel lima bintang yang turut dihad1ri pemimpin utama Indonesia, pasangan ini tidak pernah sepi daripada tempias glamor.

Lebih eksklusif, majlis perkahwinan Aurel dan Atta disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen nasional. Luar biasa!

Mengikut jejak langkah ibu bapa sebagai penyanyi, Aurel juga merupakan seorang usahawan yang menguruskan empayar Aurelloly Cosmetics. Sementara Atta atau nama penuhnya Muhammad Attamimi Halilintar pula selebriti media sosial terkemuka Indonesia yang mempunyai lebih 26 juta subscribers di YouTube dan dianggarkan meraih pendapatan bulanan menc3cah sehingga hampir RM2 juta!

Aurel merupakan kakak kepada Azriel Akbar Hermansyah yang juga anak kepada Krisdayanti dan Anang sebelum ibu bapa mereka bercer4i pada tahun 2009.

Sejak mend1rikan rumah tangga, Aurel dilihat cukup menjaga pemakanan dengan mengambil diet seimbang dan sihat di samping melakukan rutin senaman secara teratur. Tidak hairanlah, dia kelihatan makin cantik dan ramping.

Selain penjagaan d1ri yang teratur, perubahan positif Aurel selepas berkahwin turut disedari bapa tersayang, Anang Hermansyah. Apatah lagi, Aurel tampil mengejutkan keluarga dan peminat apabila semakin menjaga penampilan agar lebih sopan serta menutup aurat. Ketika berbulan madu di Bali, penampilan Aurel yang anggun berhijab mula disedari ramai.

Aurel diminta berehat sepenuhnya sebelum disahkan gugur
Ketika menikm4ti bulan madu

Ternyata penghijrahan Aurel menyentuh perasaan suami tercinta. Malah, dia turut berkongsi kapsyen romantis tatkala memuat naik gambar isteri di Instagram miliknya. “Selalu bangga dengan hijrah kamu yang semakin kuat dan bijak. Bidadari dunia akh1r4t mamanur Amin.”

Positif mendepani masa depan meskipun dilaporkan mengalami keguguran pada pertengahan Mei lalu, Aurel turut berkongsi luahan berikut. “Menjadi baik bukan tentang bisa atau tidak, tapi tentang mahu atau tidak. Kerana semua orang memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi lebih baik lagi.”

 

Kredit foto: Instagram Aurelie Hermansyah & Atta Halilintar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: https://www.nona.my/


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Kahwin Jutaw4n Muda Indonesia, Anak KRISDAYANTI T4mpil Berhijab Lepas Bergelar Isteri!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*