Ingat lepas dpt balik anak dah selesai, sekali bila tengok lengan terus Siti Jamumall buat report P0lis

Kuala Lumpur: Dua pasangan yang bayi mereka tertukar di sebuah hospital swasta di Shah Alam, semalam, berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

Usahawan dalam talian Siti Suriani Wahiddin, 23, mendakwa dia kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak hospital yang menyerahkan bayinya kepada pasangan lain tanpa membuat pemeriksaan teliti.

Menurutnya, apa yang dibimbangi adalah keadaan kesihatan bayi baru dilahirkan itu dibawa keluar dalam tempoh kurang 12 jam.

“Saya melahirkan bayi lelaki pada 2.36 pagi Jumaat lalu dan diletakkan di bawah jagaan hospital. Pada 8.30 pagi, saya minta nak lihat bayi dan jururawat bawa masuk ke bilik. Saya menyedari wajah lain tapi tidak mengesyaki apa-apa kerana katil bayi tertera nama saya.

“Saya dibenarkan pulang ke rumah petang semalam. Kami menyedari bayi itu bukan anak kami ketika suami mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu dan mendapati ia milik wanita lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall dan suami, Mohammad Syafiq Irfan Azman, 23, yang menetap di Setia Alam, Selangor, menghubungi hospital memaklumkan kejadian.

Katanya, mereka kemudian diminta ke hospital untuk proses pertukaran semula bayi selepas pihak terbabit berjaya mengesan ibu bayi itu.

“Bagai nak gugur jantung saya apabila pihak hospital sahkan bayi saya tertukar. Namun saya bersyukur bayi saya dijaga oleh pasangan yang baik.

“Pagi ini saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Saya harap pihak hospital bertanggungjawab dan saya akan merujuk kes ini dengan peguam untuk tindakan susulan,” katanya yang sudah membuat laporan polis.

Kejadian itu tular di media sosial selepas Siti Suriani membuat perkongsian di Facebook (FB) Live bermula 7.40 malam tadi.

Sementara itu, usahawan Diana Hanani Abdullah, 23, turut kecewa dengan insiden itu yang menyebabkan emosinya terganggu.

Menurutnya, dia melahirkan bayi lelaki secara pembedahan di hospital sama pada 3.02 petang 10 Jun (Khamis) dan dibenarkan pulang ke rumah di Puncak Alam, Selangor, pada 12 tengah hari kelmarin.

“Saya hanya mengetahui bayi tertukar apabila pihak hospital menghubungi saya malam tadi. Saya sangat terkejut lalu minta suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang dalam bakul sampah dan mendapati tertera nama Siti Suriani.

“Kami terus ke hospital malam tadi. Proses pertukaran semula bayi berlaku dalam suasana penuh emosi kerana sudah menyayangi bayi dijaga seperti anak sendiri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama untuk tindakan susulan.

Harian Metro kemudian menghubungi hospital swasta yang dimaklumkan ibu bayi terbabit, namun jurucakap hospital terbabit menafikan kejadian itu berlaku di hospitalnya.

Cuma satu lagi keb.imbangan setelah mendapat semula anaknya adalah tiada k.esan s.untikan di lengan bayi berkenaan dan membuatkan Siti Jamumall musykil dengan pengurusan hospital berkenaan.

Tak nampak kes4n su.ntik

Ada satu lagi kebimbangan setelah mendapat semula anaknya adalah tiada kesan suntikan di lengan bayi berkenaan dan membuatkan Siti Jamumall musykil dengan pengurusan hospital berkenaan.

 

Assalamualaikum semua, pagi ni siti terdetik hati nak check kt lengan anak ada s.untikan tak.. Allahu tk nmpk apa k.esan pun di tgn. Memang mcm ni ke? Rasanya anak pertama ade bekas. Wallahuallam.. Apa pun pagi ni nak pergi bawa ke h.ospital semula untuk checkup. Risau x tally semua info baby.

Bawa Checkup

 

Tular di media sosial sejak semalam apabila pengasas laman web Jamumall yang dikenali sebagai Siti Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani membuat live di FB mendakwa anak yang baru dilahirkan telah tertukar semasa dibawa pulang dari hospital.

Perkongsiannya sangat mengejutkan kerana ‘tag’ nama ibu dan anak yang dibawa pulang berbeza. Hal tersebut membuatkan ramai warganet panik.

Anggap ini satu pengajaran

Live FB berdurasi 2 jam itu tular dan membuatkan ramai tertanya-tanya kelanjutan kisah Siti Jamumall selepas dia bergegas semula ke sebuah hospital di Shah Alam bagi menguruskan hal berkenaan bayinya itu.

Selepas beberapa jam, wanita berusia 22 tahun berkenaan kembali membuat live dengan mengucapkan terima kasih diatas keprihatian semua terhadapnya. Dia menganggap peristiwa tersebut sebagai salah satu pengajaran yang tak akan pernah dilupakan.

Dah letak nama anak untuk ibadah Qurban

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan sudah mendaftar nama anak untuk ibadah Qurban nanti namun tidak menyangka anak tersebut bukan miliknya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! SK Press

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

sumber: hmetro


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Ingat lepas dpt balik anak dah selesai, sekali bila tengok lengan terus Siti Jamumall buat report P0lis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*