Tomok ‘gementar’ nak jawab MUET, Lima tahun sambung degree hampir berlalu

Tomok ‘gementar’ nak jawab MUET, Lima tahun sambung degree hampir berlalu

PENYANYI Tomok berkongsi perjalanan selama lima tahun menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tomok atau nama sebenar Shah Indrawan Ismail, 36, mengakui berasa gementar sebelum menduduki ujian bahasa Inggeris peringkat universiti iaitu Malaysian University English Test (MUET).

“Penuh debaran untuk kertas MUET hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

“Ini bermakna kami hampir memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM… pengajian menghamp1ri lima tahun bagai sekelip mata berlalu,” tvlisnya.

 

Tomok (dua dari k1ri) bersama beberapa rakan sekelas yang turut menduduki ujian MUET.

Penyanyi lagu Bekas Kekasih ini turut mendedahkan dia hampir berputus asa ketika awal pengajiannya namun berterima kasih kepada rakan seperjuangan yang membantu serta menyokongnya.

Tomok turut meluahkan rasa syukur atas peluang diberikan dan berh4rap agar dia dapat menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.

“Terima kasih kepada kawan-kawan sekelas yang selalu berikan sokongan pada saya… walaupun sebenarnya saya nak putus asa masa semester dua lagi.

“Yang paling penting, terima kasih Allah untuk segalanya. Saya bersyukur ya Allah untuk segala nikmat yang diberikan. Semoga saya dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa yang akan datang,” ujarnya.

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram miliknya pada Sabtu, Tomok bersama beberapa rakan artis seperti pelakon Fattah Amin dan penyanyi Zahid Baharudin yang turut menduduki ujian sama.

Sumber: Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tomok ‘gementar’ nak jawab MUET, Lima tahun sambung degree hampir berlalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*