Alhamdulillah, Ismail Sabri sempat mengerjakan solat Jumaat walaupun di saf belakang

Alhamdulillah, Ismail Sabri sempat mengerjakan solat Jumaat walaupun di saf belakang

Gara-gara sibuk menghad1ri mesyuarat Kabinet dan program di Putrajaya, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob lewat tiba di Masjid Khalid Al-Walid MINDEF bagi menunaikan solat Jumaat.

Walau bagaimanapun, Naib Presiden UMNO itu bersyukur kerana masih terdapat beberapa ruang kosong di saf hampir paling belakang bagi mengerjakan kewajipan tersebut.

Hari ini sampai lewat ke masjid Mindef untuk solat Jumaat kerana Mesyuarat Kabinet dan hadiri program di…

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Friday, August 28, 2020

 

“Dalam masjid, depan atau belakang, luar atau dalam tak penting, yang penting masih boleh mengerjakan solat. Alhamdulillah syukur,” luahnya.

Perkara itu dikongsi di laman Facebook rasmi miliknya dengan memuat naik sekeping gambar beliau yang sedang duduk di atas sejadah.

Posting berkenaan meraih 32,000 tanda suka selain dipenuhi komen netizen yang memberikan pelbagai reaksi positif terhadap pemimpin yang mendapat gelaran ‘Pak Long’ itu.

Yang penting ibadah kita diterima Allah

Alhamdulillah! Contoh yang baik

Kita sama saja, tak kira pangkat

Terbaik! Sibuk macam mana pun, masih ada masa untuk solat

Sumber : Ismail Sabri Yaakob

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Alhamdulillah, Ismail Sabri sempat mengerjakan solat Jumaat walaupun di saf belakang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*