Mufti Perak Dimasukkan ke Wad Hospital Swasta Kerana Angin Ahmar

Mufti Perak Dimasukkan ke Wad Hospital Swasta Kerana Angin Ahmar

Terkini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke wad sebuah hspital swasta di Ipoh, Perak, selepas mengalami ser4ngan angin ahmar, hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, Harussani dikejarkan ke hspital selepas solat Subuh pagi tadi.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih dalam pemantauan di hspital berkenaan.

” Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

” Kita mengh4rapkan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini,” katanya.

Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat dan dih4rap orang ramai terus berdoa supaya beliau diberikan kesembuhan.

Harussani, 81, dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 sehingga kini dan pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.

Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan sebagainya.

Sekilas info Tan Sri Harussani 

Anak bongsu kepada pasangan Hj. Zakaria b. Hj. Osman dan Hjh. Zainab bt. Jalaluddin ini dilahirkan pada 8 April 1939 di Kg. Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak.

Ayah beliau yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan merupakan seorang yang tegas dalam memberi didikan agama kepada anak-anaknya.

Pernah ketika kecil dahulu, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani dim4rahi ayahandanya kerana balik lewat petang akibat leka bermain bola sepak bersama kawan-kawannya.

Harussani mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kg. Kedah, Parit Buntar, sebelum menyambung pengajian di Anglo Chinese School, Parit Buntar.

Bagaimanapun, takdir Allah s.w.t. , pada ketika ini terdetik di hati Harussani untuk mempelajari ilmu-ilmu agama secara mendalam.

Kembara ilmu Harussani kemudiannya diteruskan lagi apabila beliau menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya (KIM), Klang, Selangor dari tahun 1960 hingga 1964.

Sebaik menamatkan pengajian di KIM, Harussani telah diterima bekerja sebagai penterjemah di unit Cawangan Khas, Kementerian Dalam Negeri dari tahun 1964 hingga 1967.

Selepas berhenti daripada unit Cawangan Khas, Harussani menjadi guru di sebuah sekolah di Pulau Pinang selama 3 bulan, sebelum menjawat jawatan sebagai Kadi di Jabatan Agama Pulau Pinang bermula 2 November 1967 hingga 1973.

Ekoran khidmat cemerlang beliau sebagai Kadi, Harussani kemudiannya dilantik sebagai Kadi Besar dari 1973 hingga 1985.

Ketokohan Harussani dalam membicar4kan isu-isu agama Islam telah melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Mufti Perak bermula 1985 hingga kini.

Selain Tokoh Ma’al Hijrah 2008, antara anugerah yang pernah diperolehi oleh Harussani ialah Darjah Padvka Mahkota Perak pada tahun 1986 (yang membawa gelaran Dato’), Seri Padvka Mahkota Perak, 1999 (yang membawa gelaran Dato’ Seri), Darjah Kehormat Doktor Syariah, 2001 (yang membawa gelaran Dr.), dan Panglima Setia Mahkota, 2009 (yang membawa gelaran Tan Sri).

Hasil perkongsian hidup dengan Puan Sri Hajjah Ainon bt. Abdul Ghani mulai 31 Julai 1966, Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Hj. Harussani dikurniakan 4 orang cahayamata.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Mufti Perak Dimasukkan ke Wad Hospital Swasta Kerana Angin Ahmar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*