Lukis potret agong hanya dengan nama ‘Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah’ dalam kaligrafi khat

Lukis potret agong hanya dengan nama ‘Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah’ dalam kaligrafi khat

Sebuah lukisan mural potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah dihasilkan dengan menggunakan seni kaligrafi.

Karya seni tersebut dihasilkan oleh seorang pelukis kaligrafi dikenali sebagai Mohd Shah Tumin sempena sambvtan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Menurut lelaki berusia 36 tahun itu, mural berkenaan mengambil masa selama beberapa hari untuk disiapkan dengan menulis nama ‘Al-Sultan Abdullah’ sehingga membentuk wajah baginda pada dinding rumahnya.

Berkongsi di sebalik tabir penghasilan mural tersebut di saluran Youtube miliknya, dia yang mula melakar potret sejak tiga tahun lalu itu mengakui cabaran dihadapi demi sebuah karya yang luar biasa.

 

“Cabaran utama saya selain tvlisan tu halus, dinding juga menggerutu. Memang sukar untuk menulis tapi anggap ini cabaran, jadi kita teruskan.

“Buat mural kena sabar ye, dengan ‘outdoor’ dan kena fokus lagi. Jadi hargailah pelukis mural anda,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

 

Tinjauan pada ruangan komen mendapati rata-rata warganet memuji kehebatan karya seni yang dihasilkan selain dapat memartabatkan tvlisan jawi sebagai sebuah seni yang indah.

Sumber : Shah Tumin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba

Pihak Satkoba tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan atau kerosakan akibat capaian kepada sumber-sumber internet atau penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ini. Segala komen berkaitan artikel ini juga adalah hak dan tanggungjawab anda. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen.


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Lukis potret agong hanya dengan nama ‘Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah’ dalam kaligrafi khat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*