Dialah papa dan mama, terpaksa berlakon pakai tudung demi ‘gembirakan’ anak kembar

Dialah papa dan mama, terpaksa berlakon pakai tudung demi ‘gembirakan’ anak kembar

Kisah hidup seorang bapa tunggal, Syazwan Najmi yang membesarkan anak kembar perempuan tanpa kehadiran isteri terus menarik perhatian warganet di media sosial.

Terbaru, lelaki berusia 23 tahun itu berkongsi sebuah video di laman Instagram memaparkan gelagatnya memakai tudung sambil mengusik kembar tersebut iaitu Medina Sofiya dan Medina Safiya.

View this post on Instagram

Seorang ayah sanggup menjadi apa sahaja untuk anak2nya yang tercinta❤️👨‍👧‍👧 #4month20days #kasihsayangseorangayah #sampaiakhirhayat❤️

A post shared by SYAZWANNAJMI (@mie7637) on

Menurut Najmi atau mesra dipanggil Mie, seorang bapa sudah semestinya sanggup berbuat apa sahaja demi membahagiakan anak-anak yang tercinta.

“Seorang ayah sanggup menjadi apa sahaja untuk anak2nya yang tercinta,” tvlisnya.

Rakaman video berdurasi 15 saat berkenaan kelihatan Mie bermain ‘peekaboo’ dengan penuh mesra sambil diperhatikan kedua-dua cahaya mata sulung yang berusia empat bulan itu.

Segelintir pengikutnya tidak lupa memberikan pelbagai reaksi yang memuji kecomelan selain mendoakan anak-beranak itu sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Respek brader! Terus nampak macam opah?

Comelnya geram tengok!

Moga membesar dengan sihat

So ‘sweet’… Moga dilindungi Allah selalu!

Arwah isterinya, Siti Nur Nasuha Shafie tidak sempat menatap wajah si kembar kerana bertarung nyawa selama dua minggu sebelum men1ngg4l dunia selepas bersalin akibat komplikasi dalaman.

Sumber : Syazwan Najmi

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Dialah papa dan mama, terpaksa berlakon pakai tudung demi ‘gembirakan’ anak kembar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*