Tak sangka anjing cari pemuda selalu bagi makanan sampai ke tempat kerja

Tak sangka anjing cari pemuda selalu bagi makanan sampai ke tempat kerja

Baru-baru ini, seorang pencinta haiwan Mohd Ridhuan Daud memuat naik sebuah video di laman Twitter memaparkan seekor anj1ng jalanan kelihatan sedih ketika dia mahu pulang ke rumah dari tempat kerja.

Menurut pemuda berusia 22 tahun itu, niatnya sekadar ingin berkongsi bersama pengikutnya mengenai kasih sayang terhadap haiwan malah tidak lupa memakai sarung tangan sebelum menyentuh anj1ng tersebut.

“Saya tak kisah apa pandangan orang. Saya masih tahu menjaga batas hukvm dan sebagai seorang Muslim, saya tahu bezakan baik dan bvruk.

“Selagi tak melanggar hukvm agama, tak salah sekiranya saya berbuat baik kepada anj1ng. Terpulang kepada orang. Kita tak boleh ubah mentaliti mereka,” katanya menerusi laporan mStar Online.

Mohd Ridhuan berkata, dia sering memberi makanan kepada anj1ng itu sejak beberapa minggu lalu sehingga sudah dikenali haiwan tersebut.

Pemuda berasal dari Johor Bahru itu sering melepak di tepi laut selepas selesai waktu kerja atau selepas makan dan akan memberi makanan kepada beberapa ekor anj1ng.

“Beberapa hari saya tak ke sana, anj1ng ni merayau sampai terjumpa saya yang bekerja di kedai serbaneka tak jauh dari tempat selalu berinya makan.

“Sejak dari itu, ia memang tunggu saya petang-petang sebelum balik rumah. Itu yang terjadi scene sedih, seolah-olah saya nak tinggalkan dia,” ujarnya.

Sumber : mStar Online (Shuhaniza Said) , Twitter

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tak sangka anjing cari pemuda selalu bagi makanan sampai ke tempat kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*