Sheikh Muszaphar teruja beritahu bakal timang anak kembar lelaki & perempuan
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar yang juga pakar motivasi sering berk0ngsi aktiviti hariannya bersama keluarga di media sosial.
Beliau juga tidak lokek memberikan tips-tips berguna kepada para ibu bapa dalam membesarkan anak-anak dengan teknik yang diterapkan dalam kehidupan mereka sekeluarga.
Umum sedia maklum bahawa Sheikh Muszaphar bakal menimang cahaya mata kembar sekali lagi apabila isteri tersayang, Dr Harlina Yunos hamil apabila memaklumkan hal tersebut beberapa bulan yang lepas.
Hari ini, Sheikh Muszaphar telah berk0ngsi momen gembira buat mereka sekeluarga apabila anak kembar dalam kandungan isterinya merupakan seorang lelaki dan perempuan.
Dalam gambar yang dik0ngsikan di Instagram, jelas menunjukkan hasil imbasan kandungan memaparkan jantina lelaki serta perempuan. Usia kandungan Dr Halina juga sudah memasuki bulan keenam atau 22 minggu.
Mohon doa dari semua
Di kesempatan itu, Sheikh Muszaphar memohon agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan isterinya serta kandungan kerana proses kehamilan masih lagi berada di tempoh waktu yang agak panjang.
Subahanallah, Alhamdullilah
Sehubungan dengan itu, Instagram Sheikh Muszaphar telah dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah diatas kehamilan isterinya.
Mereka juga turut menitipkan doa agar urusan mereka sekeluargdan proses kelahiran anak-anak mereka kelak dipermudahkan.
Sumber: Sheikh Muszaphar, OMM
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba
Be the first to comment on "Sheikh Muszaphar teruja beritahu bakal timang anak kembar lelaki & perempuan"