Betul ke Solat Lelaki Dan Perempuan Tiada Beza?

Betul ke Solat Lelaki Dan Perempuan Tiada Beza?

Lelaki pun mohon baca.. silap langkah solat kita tidak diterima.. Perkarayang berkaita dengan solat jangan sesekali dipandang remeh…

Dalam mengerjakan ibadah solat, terdapat beberapa perbezaan di antara perempuan dengan lelaki. Berikut adalah 8 perkara yang membezakan mereka.

#1- Aurat

Aurat lelaki adalah di antara pusat dan lutut. Namun, bagi perempuan, solat mereka meliputi seluruh tubuh kecuali muka dan dua pergelangan tangan.

#2- Berd1ri

Tiada perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam cara berd1ri mereka semasa solat. Namun, ada perbezaan jar4k kaki. Bagi lelaki, kaki dijar4kkan pada kadar empat jari atau sejengkal, manakala bagi wanita pula, kaki dirapatkan sedikit. Semua jari kaki lelaki dan perempuan mestilah menghadap ke arah kiblat.

#3- Takbir

Semasa mengangkat tangan untuk takbir, tangan lelaki direnggangkan dari lambung ketiaknya dan dibuka luas. Ia diangkat sama ada paras bahu, cuping telinga atau ibu jari separas bawah cuping telinga. Tetapi bagi perempuan, tangan mereka hendaklah dirapatkan ke dada. Berbanding lelaki, ketiak mereka tidak dibuka. Kedudvkan hujung jari hantu pula berada di bawah cuping telinga.

#4. Dakapan Tangan

Dakapan tangan lelaki dan perempuan adalah sama iaitu antara dada dan pusat. Pergelangan tangan k1ri yang terletak di bawah dada dan di atas pusat sebelah k1ri hendaklah digenggam. Perbezaan antara wanita dengan lelaki di sini adalah wanita perlu merapatkan lengan ke badan.

#5- Bacaan

Semasa solat Maghrib, Isyak dan Subuh, kita akan mendengar imam lelaki menyaringkan bacaannya. Ini kerana lelaki dibenarkan untuk menyaringkan bacaan mereka pada waktu solat tersebut. Ini berbeza bagi perempuan kerana perempuan tidak perlu menyaringkan bacaan mereka.

#6. Rukuk

Keadaan rukuk adalah membongkok 90 darjah dengan kedudvkan mata melihat tempat sujud. Bagi lelaki, tangan diluruskan sementara tangan perempuan pula dibengkokkan sedikit dengan siku dirapatkan ke perut.

#7- Sujud

Bagi lelaki, mereka tidak perlu merapatkan peha dengan perut mereka. Lengan direnggangkan daripada tubuh. Sebaliknya bagi perempuan, siku perlu dirapatkan ke perut.

#8- Lupa Rukun

Jika imam terlupa melakukan suatu rukun dalam solat, lelaki mengingatkan imam dengan menyebut “Subhanallah”. Bagi kaum wanita pula, cukup sekadar menepuk tangan k1ri yang mana tidak boleh lebih daripada tiga pergerakan.

Sumber : Tazkirah.net via depalmasp.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Betul ke Solat Lelaki Dan Perempuan Tiada Beza?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*