Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Individu Balik Dari ‘Oversea’ Perlu Tanggung Kos Sendiri

Seperti biasa, sidang media melibatkan Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) kluster keselamatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah bersiaran secara langsung pada jam 2 petang.

Semua rakyat Malaysia termasuk warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini akan dikenakan kuarantin wajib di pusat kuarantin, bermula Jumaat ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan terdapat segelintir individu yang pulang dari luar negara didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) kuarantin di rumah ditetapkan kerajaan.

Menurutnya, kerajaan memandang serius insiden ketidakpatuhan itu dan tindakan mereka amat tidak bertanggungjawab.

Tiada lagi kuarantin di rumah

Dalam sidang media tersebut, beliau memaklumkan bahawa setiap individu yang pulang ke Malaysia perlu menjalani kuarantin di tempat-tempat kuarantin tertentu bagi mengelakkan penularan.

Hal ini susulan daripada peningkatan kes sejak kebelakangan ini disebabkan pelanggaran kuarantin yang dilakukan oleh mereka yang pulang dari luar negara selepas diminta untuk kuarantin d1ri send1ri di rumah.

Kena tanggung kos send1ri

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat keputusan bermula Jumaat ini untuk mewajibkan prosedur kuarantin 14 hari kepada rakyat Malaysia atau warga asing yang pulang dari luar negara di pusat kuarantin ditetapkan kerajaan.

“Mereka yang terbabit perlu menanggung sepenuhnya kos kuarantin di pusat kuarantin sama ada di Institut Latihan Awam (ILA) atau hotel berdasarkan kos yang dipersetujui sebelum ini.

“Agensi Pengurusan benc4na Negara (Nadma) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengenal pasti dan mewartakan ILA atau hotel yang bersesuaian sebagai pusat kuarantin,” katanya dalam sidang media harian hari ini.

Penarikkan semula kelonggaran tersebut memerlukan mereka dikuarantin secara terus di pusat kuarantin wajib dan perlu menanggung kos secara send1ri bermula pada Jumaat ini iaitu 24 Julai 2020.

Susulan keputusan itu, Ismail Sabri berkata, rakyat Malaysia yang ingin pulang ke Malaysia tidak lagi diwajibkan menjalani ujian swab Covid-19 di negara asal dalam tempoh tiga hari sebelum tarikh penerbangan.

Bagaimanapun katanya, warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini masih perlu menjalani ujian berkenaan.

Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyuar4kan kebimbangan terhadap kenaikkan jumlah kes positif Covid-19 di dalam negara disebabkan kegagalan sesetengah individu untuk  mematuhi SOP.

Selain daripada  itu, tularnya satu gambar wanita yang memakai tag berwarna pink menandakan dia didalam tempoh kuarantin telah membimbangkan rakyat Malaysia apabila dia dengan sesuka hati keluar makan di kafe tanpa rasa kesedaran mengenai risiko penularan.

Sumber: OMM & HM

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Individu Balik Dari ‘Oversea’ Perlu Tanggung Kos Sendiri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*