Malaysia terpaksa laksanakan PKP sekiranya kes cov-19 cecah 3 angka

Malaysia terpaksa laksanakan PKP sekiranya kes cov-19 cecah 3 angka

MALAYSIA: Sudah ada zon kembali merah selepas lama hijau, itulah fenomena yang sedang berlaku di Malaysia kini apabila jumlah kes baru cov-19 terus meningkat melibatkan beberapa kluster di Sarawak.

Bukan sahaja di Sarawak, beberapa negeri lain turut merekodkan jumlah kes baru cov-19. Ini membuatkan ramai rakyat Malaysia semakin gentar dengan situasi yang sedang berlaku ketika ini.

Kerajaan juga seperti telah memberi bayangan bahawa sekiranya kes terus meningkat berkemungkinan besar Perintah Kawalan Pergerakan pertama akan dilaksanakan kembali.

Datuk SEri ISmail Sabri Yaakob sebelum ini memaklumkan bahawa SOP PKP 1 akan dilaksanakan sekiranya kes mencecah 3 angka sehari. Menurutnya Kerajaan tiada pilihan lain selain menguatkuasakan semula PKP fasa satu bagi membendung penularan cov-19.

“Saya faham sekiranya perkara ini berlaku, ia akan menyusahkan semua pihak termasuk kita yang mahu bekerja dan sebagainya”

Pada hari ini Kementeran Kesihatan memaklumkan bahawa 21 kes positif termasuk 1 kes positif hari ini dalam kluster Sentosa. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia memberi tahu bahawa pada hari ini 13 kes dicatatkan.

Sehingga semalam terdapat 164 kes aktif berada di seluruh Malaysia melibatkan kes penularan tempatan yang semakin meningkat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Satkoba


Apa kata anda?

Be the first to comment on "Malaysia terpaksa laksanakan PKP sekiranya kes cov-19 cecah 3 angka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*